Wednesday, 30 September 2009

GEMILANG raikan ulang tahun kelima penubuhannya

Oleh Arjuna
Salah seorang anak "Belaian kasih Gemilang" menerima sijil dan sumbangan daripada tetamu kehormat.
TUTONG, Ahad - Persatuan Gemilang Daerah Tutong (GEMILANG) hari ini meraikan ulang tahun kelima penubuhannya dengan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran bertempat di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Kebajikan, Bahagian Bantuan Am, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Cawangan Daerah Tutong, Haji Shamsul Ariffin Haji Mohd Mashor.
Yang DiPertua Gemilang, Haji Mohd Ayub Haji Suhaili dalam ucapan alu-aluannya mengimbas kembali beberapa aktiviti dan pencapaian belia-belia sejak penubuhannya lima tahun dahulu melalui badan-badan belia Gemilang seperti Gemilang Foto, Gemilang Radio, Gemilang 4x4 dan Gemilang Sukarelawan.
Berita lanjut: klik sini
Komplimen dari:
Media Permata

Tuesday, 22 September 2009

MAJLIS SEMBAHYANG BERJEMAAH FARDU ZOHOR, MEMBACA YASIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 5 PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG

Dengan penuh hormat dan sukacita menjunjung Pengiran, mempersilakan Awang/Dayang hadir bagi sama-sama memeriah majlis tersebut di atas pada;-

Tarikh : 7 Syawal 1430h bersamaan 27 September 2009M
Hari : Ahad
Jam : 12:00 Tegahari
Tempat : Dewan Seri Kenangan,
Kompleks Dewan Kemasyarakatan
Tutong


Majlis diselajurkan dengan PELANCARAN PROJEK BELAIAN KASIH GEMILANG, serta sambutan HARI RAYA AIDIL FITRI

pada pukul 2:00 petang

yang akan dilancarkan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Awang Haji Samsul bin Hj Mansor, Pegawai Kebajikan, JAPEM Bahagian Bantuan, Cawangan Tutong.

Diatas keberangkatan Pengiran, kehadiran Awang/Dayang diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kaseh

YANG BERHARAP
PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS

Tuesday, 15 September 2009

MESYUARAT KHAS SEMBUTAN ULANG TAHUN GEMILANG KE 5



Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis-Majlis, Lt. Kol (U) Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib

Pada: Hari Isnin,
Tarikh: 25 Ramadan 1430 bersamaan 14 September 2009
Jam: 9 Malam (Selepas Tarawih)
Tempat: Kediaman Awang Haji Bahrin Halimi bin Haji Mohd Zain (Ketua Bahagian Kegiatan & Kebajikan, Badan GEMILANG Agama)
Alamat: No. 3 Spg 9, Jalan Bengungos, Kampong Tanjong Maya
Tutong, Negara Brunei Darussalam.

Sunday, 13 September 2009

MESYUARAT KHAS SEMBUTAN ULANG TAHUN GEMILANG KE 5

Dengan penuh hormat dimaklumkan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis-Majlis akan diadakan:


Pada: Hari Isnin,

Tarikh: 25 Ramadan 1430 bersamaan 14 September 2009

Jam: 9 Malam (Selepas Tarawih)

Tempat: Kediaman Awang Haji Bahrin Halimi bin Haji Mohd Zain
(Ketua Bahagian Kegiatan & Kebajikan, Badan GEMILANG Agama)

Alamat: No. 3 Spg 9, Jalan Bengungos, Kampong Tanjong Maya
Tutong, Negara Brunei Darussalam.

Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis-Majlis, Lt. Kol (U) Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib

Agenda:
  1. Mengemaskini persediaan aturcara Majlis-Majlis
  2. Perisian tugas-tugas AJK
  3. Hal-hal lain.
Kerjasama dan kehadiran semua ahli jawatankuasa adalah sangat diharapkan.(Sila pastikan semua jawatankuasa yang dilantik hadir bagi mesyuarat tersebut.)

Sila rujuk lampiran minit AJKT mengenai sambutan ulang tahun GEMILANG ke 5 yang telah diemelkan

Sekian untuk makluman.

Wassalam

SITI HASIBAH YASMOON HJ KAMALUDDIN
Setiausaha Bersama Majlis Kesyukuran dan Sambutan Ulang Tahun Gemilang ke-5

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL




MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL

TEMPAT : Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Jalur, Lubok Pulau Tutong.
TARIKH : 17 Ramadhan 1430H bersamaan 7 hb September 2009M.
JAM : 4.30 ptg.
HARI : Isnin

Saturday, 5 September 2009

Makluman

Hasil daripada mesyuarat Badan Gemilang Agama kali pertama yang telah berlangsung pada hari Jumaat 7 Ramadhan 1430H bersamaan 28 Ogos 2009M, Alhamdullillah berhasil untuk merancang beberapa aktiviti yang sesuai dijalankan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Untuk makluman, Semua ahli adalah di jemput untuk menghadiri majlis-majlis seperti di bawah ini:


MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL

TEMPAT : Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Jalur, Lubok Pulau Tutong.

TARIKH : 17 Ramadhan 1430H bersamaan 7 hb September 2009M.

JAM : 4.30 ptg.

HARI : Isnin

** Ahli-ahli dijemput untuk menikmati juadah berbuka puasa/bersungkai di kediamaan Awg Khalid Bin Hj Mohd Noor (V8MAK) Setiausaha Badan Gemilang Agama.
** Kepada ahli-ahli Gemilang yang berkesudian untuk menghulurkan sedekah seangkat-angkat hati adalah dialu-alukan dan menyerahkannya kepada Pengerusi Badan Gemilang Agama Awg Alwi Bin Dr Hj Amzah @ 8886219/8175127 atau Bilal Hj Bahrin Hj Md Zain @ 8186837 tidak lewat 6 hb September 2009 ini.

MAJLIS BERTADARUS, BERSUNGKAI, SEMBAHYANG MAGHRIB, ISYA’ DAN TERAWIH BERJAMA’AH

TEMPAT : Rumah Kediaman Lt. Kol (U) Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib
No. B4, Jalan Raja Isteri, Berakas Garrison. Negara Brunei Darussalam.

TARIKH : 21 Ramadhan 1430H bersamaan 11 hb September 2009M.

JAM : 4.30 ptg.

HARI : Jumaat

** Sehubungan dengan itu, kepada ahli-ahli Gemilang yang ingin turut serta, supaya dapat mendaftarkan diri dengan SMS kepada Pengerusi badan Gemilang Agama, Awg Alwi Bin Dr Hj Amzah (V8MOJ) @ 8886219/8175127.
** Ini adalah bertujuan semata-mata untuk memudahkan lagi Tuan Rumah untuk menyediakan juadah berbuka puasa.
** SMS hendaklah dihantar tidak lewat pada hari Khamis 20 Ramadhan 1430H bersamaan
10 hb September 2009M .
** Ahli-ahli Gemilang juga dialu-alukan untuk membawa bersama keluarga masing-masing untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis kita pada hari tersebut.

MAJLIS BERTADARUS, BERSUNGKAI, SEMBAHYANG MAGRIB, ISYA’ DAN TERAWIH BERJAMA’AH

TEMPAT : Rumah Kediaman Hj Mohd Ayub Hj Suhaili
No. 5 Spg. 58-10 Kampong Bukit Panggal Tutong.

TARIKH : 22 Ramadhan 1430H bersamaan 12 hb September 2009M.

JAM : 4.30 ptg.

HARI : Sabtu

** Sehubungan dengan itu, ahli-ahli Gemilang dialu-alukan untuk membawa keluarga masing-masing untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis kita pada hari tersebut.

Laporan Mesyuarat Badan Gemilang Agama

Mesyuarat Badan Gemilang Agama telah berlangsung pada hari Jumaat lepas, 07 Ramadan 1430 bersamaan 28 Ogos 2009 , dikediaman YM Awang Khalid bin Haji Mohd Noor, Setiausaha Badan Gemilang Agama di Kampong Tanjong Maya, Tutong. Hasil daripada mesyuarat tersebut, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Gemilang Agama telah dilantik bagi tahun 2009. Mereka ialah:

Pengerusi: YM Awang Mohd Alwi bin Dr. Haji AmzahSetiausaha: YM Awang Khalid bin Haji Mohd NoorKetua Penyelaras Projek: YM Awang Mohd Fadillah bin AwangKetua Kegiatan & Kebajikan: YM Awang Hj Bahrin Halimi bin Haji Mohd Zain

Beberapa aktiviti telah dipersetujui dan ditetapkan pada bulan Ramadan ini, iaitu: mengadakan Majlis Bertedarus, Bertahlil, Berbuka Puasa serta Solat Fardhu Maghrib, Isyak dan Sunat Terawih berjemaah dikediaman:
YM Lt. Kol (U) Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib, Naib Yang Di-Pertua GemilangPada 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadan 1430
YM Awang Haji Mohd Ayub bin Haji Suhaili, Yang Di-Pertua GemilangPada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadan 1430

Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kawasan Perkuburan Pangkalan Jalur, Kampong Lubok Pulau, Mukim Tanjong Maya dan diselajurkan Berbuka Puasa dikediaman YM Awg Khalid bin Hj Mohd Noor akan ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Gemilang Agama.
Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Persatuan Gemilang Daerah Tutong ke-5 akan dibincangkan dalam masa yang terdekat.
Majlis mesyuarat telah bersetuju, satu projek jangka panjang akan diperkenalkan tidak lama lagi iaitu Kelas Bimbingan Membaca Al-Quran. Ianya akan dibukakan kepada ahli-ahli dan bukan ahli Gemilang. Tempat dan tarikh kelas dimulakan akan dimaklumkan kemudian.
Projek-projek lain yang telah dibincangkan seperti, skim Ibadah Qurban bagi ahli-ahli Gemilang, kelas Tauseh dan hadrah bagi belia-belia dan juga anak-anak ahli Gemilang, Ceramah Agama Jemputan khusus pada hari-hari kebesaran Islam akan dijalankan pada tahun depan.
Mesyuarat ditutup dengan doa selamat dan majlis berbuka puasa.
Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang hadir di mesyuarat tersebut. Semoga Badan Gemilang Agama akan dapat mengungkayahkan dan menjayakan rancangan yang telah diaturkan bagi mencapai matlamatnya pada tahun 2009 ini.