Wednesday, 30 September 2009

GEMILANG raikan ulang tahun kelima penubuhannya

Oleh Arjuna
Salah seorang anak "Belaian kasih Gemilang" menerima sijil dan sumbangan daripada tetamu kehormat.
TUTONG, Ahad - Persatuan Gemilang Daerah Tutong (GEMILANG) hari ini meraikan ulang tahun kelima penubuhannya dengan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran bertempat di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Kebajikan, Bahagian Bantuan Am, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Cawangan Daerah Tutong, Haji Shamsul Ariffin Haji Mohd Mashor.
Yang DiPertua Gemilang, Haji Mohd Ayub Haji Suhaili dalam ucapan alu-aluannya mengimbas kembali beberapa aktiviti dan pencapaian belia-belia sejak penubuhannya lima tahun dahulu melalui badan-badan belia Gemilang seperti Gemilang Foto, Gemilang Radio, Gemilang 4x4 dan Gemilang Sukarelawan.
Berita lanjut: klik sini
Komplimen dari:
Media Permata