Saturday, 5 September 2009

Laporan Mesyuarat Badan Gemilang Agama

Mesyuarat Badan Gemilang Agama telah berlangsung pada hari Jumaat lepas, 07 Ramadan 1430 bersamaan 28 Ogos 2009 , dikediaman YM Awang Khalid bin Haji Mohd Noor, Setiausaha Badan Gemilang Agama di Kampong Tanjong Maya, Tutong. Hasil daripada mesyuarat tersebut, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Gemilang Agama telah dilantik bagi tahun 2009. Mereka ialah:

Pengerusi: YM Awang Mohd Alwi bin Dr. Haji AmzahSetiausaha: YM Awang Khalid bin Haji Mohd NoorKetua Penyelaras Projek: YM Awang Mohd Fadillah bin AwangKetua Kegiatan & Kebajikan: YM Awang Hj Bahrin Halimi bin Haji Mohd Zain

Beberapa aktiviti telah dipersetujui dan ditetapkan pada bulan Ramadan ini, iaitu: mengadakan Majlis Bertedarus, Bertahlil, Berbuka Puasa serta Solat Fardhu Maghrib, Isyak dan Sunat Terawih berjemaah dikediaman:
YM Lt. Kol (U) Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib, Naib Yang Di-Pertua GemilangPada 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadan 1430
YM Awang Haji Mohd Ayub bin Haji Suhaili, Yang Di-Pertua GemilangPada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadan 1430

Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kawasan Perkuburan Pangkalan Jalur, Kampong Lubok Pulau, Mukim Tanjong Maya dan diselajurkan Berbuka Puasa dikediaman YM Awg Khalid bin Hj Mohd Noor akan ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Gemilang Agama.
Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Persatuan Gemilang Daerah Tutong ke-5 akan dibincangkan dalam masa yang terdekat.
Majlis mesyuarat telah bersetuju, satu projek jangka panjang akan diperkenalkan tidak lama lagi iaitu Kelas Bimbingan Membaca Al-Quran. Ianya akan dibukakan kepada ahli-ahli dan bukan ahli Gemilang. Tempat dan tarikh kelas dimulakan akan dimaklumkan kemudian.
Projek-projek lain yang telah dibincangkan seperti, skim Ibadah Qurban bagi ahli-ahli Gemilang, kelas Tauseh dan hadrah bagi belia-belia dan juga anak-anak ahli Gemilang, Ceramah Agama Jemputan khusus pada hari-hari kebesaran Islam akan dijalankan pada tahun depan.
Mesyuarat ditutup dengan doa selamat dan majlis berbuka puasa.
Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang hadir di mesyuarat tersebut. Semoga Badan Gemilang Agama akan dapat mengungkayahkan dan menjayakan rancangan yang telah diaturkan bagi mencapai matlamatnya pada tahun 2009 ini.