Saturday, 5 September 2009

Makluman

Hasil daripada mesyuarat Badan Gemilang Agama kali pertama yang telah berlangsung pada hari Jumaat 7 Ramadhan 1430H bersamaan 28 Ogos 2009M, Alhamdullillah berhasil untuk merancang beberapa aktiviti yang sesuai dijalankan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Untuk makluman, Semua ahli adalah di jemput untuk menghadiri majlis-majlis seperti di bawah ini:


MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL

TEMPAT : Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Jalur, Lubok Pulau Tutong.

TARIKH : 17 Ramadhan 1430H bersamaan 7 hb September 2009M.

JAM : 4.30 ptg.

HARI : Isnin

** Ahli-ahli dijemput untuk menikmati juadah berbuka puasa/bersungkai di kediamaan Awg Khalid Bin Hj Mohd Noor (V8MAK) Setiausaha Badan Gemilang Agama.
** Kepada ahli-ahli Gemilang yang berkesudian untuk menghulurkan sedekah seangkat-angkat hati adalah dialu-alukan dan menyerahkannya kepada Pengerusi Badan Gemilang Agama Awg Alwi Bin Dr Hj Amzah @ 8886219/8175127 atau Bilal Hj Bahrin Hj Md Zain @ 8186837 tidak lewat 6 hb September 2009 ini.

MAJLIS BERTADARUS, BERSUNGKAI, SEMBAHYANG MAGHRIB, ISYA’ DAN TERAWIH BERJAMA’AH

TEMPAT : Rumah Kediaman Lt. Kol (U) Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib
No. B4, Jalan Raja Isteri, Berakas Garrison. Negara Brunei Darussalam.

TARIKH : 21 Ramadhan 1430H bersamaan 11 hb September 2009M.

JAM : 4.30 ptg.

HARI : Jumaat

** Sehubungan dengan itu, kepada ahli-ahli Gemilang yang ingin turut serta, supaya dapat mendaftarkan diri dengan SMS kepada Pengerusi badan Gemilang Agama, Awg Alwi Bin Dr Hj Amzah (V8MOJ) @ 8886219/8175127.
** Ini adalah bertujuan semata-mata untuk memudahkan lagi Tuan Rumah untuk menyediakan juadah berbuka puasa.
** SMS hendaklah dihantar tidak lewat pada hari Khamis 20 Ramadhan 1430H bersamaan
10 hb September 2009M .
** Ahli-ahli Gemilang juga dialu-alukan untuk membawa bersama keluarga masing-masing untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis kita pada hari tersebut.

MAJLIS BERTADARUS, BERSUNGKAI, SEMBAHYANG MAGRIB, ISYA’ DAN TERAWIH BERJAMA’AH

TEMPAT : Rumah Kediaman Hj Mohd Ayub Hj Suhaili
No. 5 Spg. 58-10 Kampong Bukit Panggal Tutong.

TARIKH : 22 Ramadhan 1430H bersamaan 12 hb September 2009M.

JAM : 4.30 ptg.

HARI : Sabtu

** Sehubungan dengan itu, ahli-ahli Gemilang dialu-alukan untuk membawa keluarga masing-masing untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis kita pada hari tersebut.