Sunday, 4 October 2009

TEK UCAPAN YANG DIPERTUA GEMILANG

TEK UCAPAN YDP GEMILANG SEMPENA ULANG TAHUN KE 5 PENUBUHAN GEMILANG, 27HB SPTEMBER 2009

BISMILAHIRAHMAN NIR RAHHIM
ASSALAMULAIKUM WRT
ALHAMDULLILAH HIRABILALAMIN, WASALA TUWASA MUALA ASRAFIL AMDIA HIWARMURSAIL, WAALA AHLIHI WASABIHI AJMAAIN,

YANG MULIA, AWANG HAJI SAMSUL BIN HJ MANSOR, PEGAWAI KEBAJIKAN JAPEM BAHAGIAN BANTUAN, CAWANGAN TUTONG, SELAKU TETAMU KEHORMAT MAJLIS KITA PETANG INI..

YANG MULIA, ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG DAN PENJAGA-PENJAGA MASING-MASING.

YANG MULIA, LT.KOL MOHD SALLEHIN BIN HJ MOHD TAIB, NYD GEMILANG SELAKU PENGERUSI MAJLIS

AHLI-AHLI JAWATAN KUASA TADBIR GEMILANG, AHLI-AHLI JAWATANKUASA MAJLIS, HADIRIN DAN HADRAT WARGA GEMILANG YANG DIHORMATI SEKALIAN….SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

1. TERLEBIH DAHULU PRAMBA/SAYA INGIN MENGUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA….. KASIH KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA,….. ATAS KESUDIAN BELIAU HADIR…. DAN SETERUSNYA AKAN MELANCAR PROJEK BELAIAN KASIH GEMILANG…. KEPADA PENGERUSI MAJLIS DAN JAWATANKUASA YANG BERTUNGKUS-LUMUS,….PERAMBA/SAYA JUGA INGIN MENYAMPAI UCAPAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.

2. SEPERTI YANG TELAH MAKLUMKAN OLEH PENGERUSI MAJLIS…. BAHAWA PADA HARI INI KITA MENGADAKAN 3 MAJLIS DALAM SATU;…… MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 5 PENUBUHAN PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG,…… MELANCARKAN PROJEK BELAIAN KASIH GEMILANG…. DAN SAMBUTAN HARI RAYA ADIL FITRI BAGI TAHUN 1430H/2009M.

3. PERAMBA/SAYA INGIN MENYATAKAN RASA BERTUAH…… KERANA DISEPANJANG 5 TAHUN KEUJUDANNYA…… GEMILANG TELAH DAPAT MEMAPARKAN PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN…. DARI PELBAGAI BIDANG TERAS YANG DIPELOPORI,…. DARIPADA FOTOGRAPI, PACUAN 4 RODA HINGGALAH KE RADIO AMATUR.

4. KEMAJUAN DAN PERKEMBANGAN INI TERCAPAI…. ADALAH BERKAT SEMANGAT DIDIKASI, KOMITMEN, KEPIMPINAN….. DAN SUMBANG TENAGA, MASA SERTA TIDAK KURANGNYA… MATERIAL PARA AHLI-AHLI PERSATUAN…./ TAHNIAH DAN SYABAS SAYA UCAPAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MEMAJUKAN GEMILANG….. DAN MUDA-MUDAHAN ALLAH JUA YANG AKAN MEMBALAS JASA SUMBANGAN SEMUA…/ AMIN..

5. GEMILANG UJUD DENGAN KEKUATAN SETIAKAWAN YANG KENTAL…. DAN IANYA TIDAK BERGANTUNG KEPADA BILANGAN AHLINYA…../ KERAMAIAN AHLI BUKANLAH FAKTA YANG UNGUL DALAM MENJANA KEJAYAAN,….. TETAPI…SEMANGAT SETIAKAWAN….. YANG KENTAL,.. YANG TIDAK CAMAH MATA….. MEMBIARKAN RAKAN SEPERJUANGANNYA…. BERTUNGKUS-LUMUS SENDIRIAN…… DALAM MENJAYAKAN SESAUTU TUGAS YANG DIPERTANGGONGJAWABKAN.

6. WALAUPUN BILANG MEREKA INI KECIL SAHAJA,…. NAMUN APA YANG NYATA….. HASIL YANG DITUNJUK AMATLAH MEMBANGGAKAN…/ MEREKA HINDARI SIFAT BERDOLAK DALIH DENGAN BERBAGAI ALASAN…… DAN TAMPIL DENGAN SATU TUMPUAN…. KEJAYAAN, KECEMERLANGAN…..DAN KEGEMILANGAN…. SESUAI DENGAN MOTO PERSATUAN,.. TUNJUKKAN HASIL BUKAN ALASAN.

7. SELAIN KEKUATAN MOTO INI,… GEMILANG JUGA MEMPUNYAI KEUNIKAN YANG TERSENDIRI…. IAITU BERDAYA SAING DENGAN KELAINAN…/ MUNGKIN TIDAK TERFIKIR OLEH KITA…. BAGAIMANA SEBUAH PERSATUAN YANG BARU DAPAT… MENGENDALIKAN ACARA BESAR SEPERTI ‘TUTONG MOTOR KARNIVAL’ DENGAN BELANJAWAN SIFIR…/ GEMILANG TELAH MEMBUKTIKAN… BAHAWA BUAH FIKIRAN YANG KREATIF ADALAH ASSET PENTING DALAM MERANCANG….. DAN MENJAYAKAN KARNIVAL ITU…/ BEGITULAH SERBA SEDIKIT NILAI DAN KEKUATAN YANG ADA PADA GEMILANG.

HADIRIN DAN HADIRAT YANG SAYA HOTMATI SEKALIAN,

8. MENYENTUH DENGAN SUMBANGAN PENTING GEMILANG SEPANJANG 5 TAHUN PENUBUHANNYA,…. SAYUGIA PRAMBA/SAYA MENGIMBAS KEMBALI KEJADIAN BANJIR…. DAN TAHAH SUSUR PADA BULAN FEBRUARI TAHUN INI…/ GEMILANG DENGAN SUKARELA TAMPIL…TANPA MENANTI UNDANGAN…. MENYAHUT CABARAN MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA AJENSI KERAJAAN DALAM PENYALURAN BANTUAN KEMANUSIAAN…/ BERMULA DENGAN KEPERIHATINAN MEMINDAH MANGSA…. DAN PENDUDUK YANG RUMAH MEREKA DITENGGELAMI AIR….. HINGGALAH KEPADA PENGAGIHAN BANTUAN MAKANAN….. SERTA BANTUAN LOGISTIK KEPADA PEGAWI-PEGAWAI PERUBATAN…./ HAMPIR 2 MINGGU,… SUKARELAWAN-SUKARELAWAN GEMILANG TELAH BERGABONG DIBAWAH NAUNGAN AJENSI PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN (NDMC) SIAP-SEDIA MENERIMA ARAHAN-ARAHAN PENYALURAN BANTUAN.

9. DISATU SUDUT LAIN,…. GEMILANG MELALUI GEMILANG RADIO JUGA TELAH MENYUMBANGKAN…. KHIDMAT BAKTI SECARA SUKARELA KE RUMAH PANJANG BUKIT TERAJA….. YANGMANA TERPUTUS PERHUBONGAN KOMUNIKASI…. DISEBABKAN BANJIR DAN TANAH RUNTUH…/ SUKARELAWAN GEMILANG TELAH DI KERAHKAN MELALUI AJENSI KERAJAAN… IAITU PIHAK BERKUASA INDUSTRI TEKNOLOGI INFO-KOMUNIKASI (AITI)…, UNTOK MENGUJUDKAN JALUR KOMUNIKASI SEMENTARA…. MELALUI RADIO AMATUR…/ SELAMA 3 HARI SUKARELAWAN GEMILANG BERADA DISANA….. BERSAMA PENGHUNI RUMAH PANJANG MENGENDALIKAN JALUR KOMUNIKASI INI.

10. DESEBALIK USAHA-USAHA INI….. TERDAPAT JUGA BEBERAPA HALANGAN DAN RINTANGAN KEPADA GEMILANG, NAMUN IANYA TIDAK DAPAT MELUNTUR….. SEMANGAT SETIAKAWAN GEMILANG….. UNTUK BERBAKTI KEPADA BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA…/ BIAR APA PUN PANDANGAN…. DAN CORAK BISIKAN ITU,….. GEMILANG TETAP TEGUH DENGAN PRINSIP ‘NAWAITU’… UNTUK MENCARI KEREDAHAN ALLAH JUA.
TETAMU KEHORMAT, ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

11. DIKESEMPATAN INI,….. IZINKAN PERAMBA/SAYA UNTOK CUBA MENGONGSIKAN SECARA RINGKAS… SEDIKIT PENCAPAIAN GEMILANG DI SEPANJANG 5 TAHUN PENUBUHANNYA...

12. BADAN GEMILANG FOTO TELAH BERJAYA MENAMPILKAN….. BAKAT-BAKAT BARU SENI FOTOGRAPI YANG BERPONTESI….. DENGAN MENGENDALIKAN KLINIK-KLINIK FOTOGRAPI….. DARI BERBAGAI SUDUT /BIDANG FOTOGRAPI …. DARI KUALA BELAIT HINGGA KE TEMBURUNG../ SEHINGGA KINI …SEBANYAK 2 SESI DI KUALA BELAIT, 4 DI DAERAH TUTONG, 4 DI DAERAH BRUNEI-MUARA DAN SATU DI DAERAH TEMBURONG.

13. AHLI-AHLI GEMILANG FOTO JUGA SENTIASA MERAIH KEJAYAN…… DIDALAM PERTANDINGAN-PERTANDINGAN FOTOGRAPI KEBANGSAAN…/ GEMILANG FOTO JUGA TELAH MENJADI…. JURU FOTO RASMI SELAMA 2 TAHUN BERTURUT-TURUT……ACARA BRUNEI MARATHON DAN HINGGA SEKARANG ADALAH MENJADI FOTOMEDIA SYARIKAT PENGEDAR NBT TOYOTA. .. WELL DONE..!!! GEMILANG FOTO

14. DALAM KEGIATAN PACUAN 4 RODA,….. GEMILANG 4X4 TELAH BERJAYA MENGUNGKAYAHKAN…. EXPEDISI GEMILANG-SABAH TAJAAN NBT TOYOTA SELAMA DUA TAHUN BERTURUT-TURUT…. DAN KINI TELAH MENJADI PROGRAM TAHUNAN NBT-GEMILANG…/ GEMILANG 4X4 JUGA TELAH MENJADI RAKAN-KONGSI NBT-TOYOTA…. DALAM MENGENDALIKAN ‘4WD BASIC TRAINING’…/ SEHINGGA KINI GEMILANG 4X4…. TELAH BERJAYA MENJALANKAN 7 SESI LATIHAN…/ LAIN-LAIN KEJAYAAN GEMILANG 4X4....IALAH TUTONG MOTOR KARNIVAL ATAUPUN TMK YANG TELAH MENGUKIR SEJARAH MENGUMPULKAN…..PENGEDAR-PENGEDAR KENDERAAN DI NBD… BERJERAYAWARA KE DEARAH TUTONG…. DALAM SATU MASA DAN TEMPAT YANG SAMA. TAHNIAH DIUCAPKAN….

15. MANAKALA GEMILANG RADIO,… SEBAGAI SATU LAGI TUNGAK KEJAYAAN GEMILANG… TELAH BERHASIL MENDIRIKAN SEBUAH PANCAR-ULANG ATAU REPEATER RADIO AMATUR…. DENGAN DIBIYAIAI SEPENUH OLEH PERSATUAN SENDIRI../ DENGAN PANGGILAN ISYARAT V84RPG,….. REPEATER PERSATUAN GEMILANG ADALAH SATU-SATUNYA REPEATER….. YANG MEMPUNYAI PANGGILAN ISYARAT KHAS…/ SELAIN DARIPADA ITU…. GEMILANG RADIO TELAH DIBERI KEPERCAYAAN….. OLEH PIHAK BERKUASA INDUSTRI TEKNOLOGI INFO-KOMUNIKASI (AITI)…. UNTUK MENGENDALIKAN KELAS-KELAS RADIO AMATUR….. BAGI CALON-CALON YANG MENDUDUKI PERPERIKSAAN RADIO…. YANGMANA PERATUS KELULUSAN CALON-CALON ADALAH SENTIASA DIATAS 85%.... INI SANGATLAH MEMBANGGAKAN.

16. GEMILANG MELALUI GEMILANG RADIO JUGA….. BERJAYA MENJALINKAN KERJASAMA LINTAS BATAS….. BERSAMA KELAB RADIO AMATUR SABAH (BARC) DENGAN PENANDA-TANGANAN MEMORADUM PERSEFAHAMAN… DIBIDANG RADIO AMATUR PADA 10 JANUARI 2009M…./ AKTIBITI MINGGUAN 2 METRE NET GEMILANG JUGA….. TURUT MENGORAK LANGKAH DENGAN MENJANGKAU JAUH KE LUAR NEGARA…. MENGGUNAAN KAEDAH VOIP (VOICE OVER INTERNET PROTOCOL) MELALUI ECHOLINK KE SEMANANJUNG MALAYSIA…/ TANPA GAGAL,….. AKTIBITI INI BERTERUSAN HINGGA KE HARI INI….. HASILNYA… AKTIBITI INI TELAH MENJADI PEMANGKIN JALINAN PERSAHABATAN BRUNEI-MALAYSIA. ….SYABAS.!!!! GEMILANG RADIO

17. MERUJUK KEPADA MATLAMAT GEMILANG UNTOK MELENGKAPKANKAN CIRI KEPIMPINAN DAN KECEMERLANGAN KEPADA BELIA-BELIA,…. KITA TELAH DAPAT MENYAKSIKAN BAKAT-BAKAT KEPIMPINAN BARU…. DIKALANGAN AHLI-AHLI GEMILANG…./ KALAU MULANYA…. MEREKA INI HANYALAH DUDUK DIBARISAN BELAKANG SEBAGAI PENUMPANG…TETAPI… KINI MEREKA TELAH MULA MENJADI PENERAJU DIBARISAN HADAPAN…TAHNIAH SAYA UCAPKAN..

18. DIBIDANG PEREKONOMIAN, KEBUDAYAAN, DAN AGAMA, GEMILANG TELAH MENAMPAKKAN….. DAN MENJANJIKAN MASA DEPAN YANG CERAH… BAGI MENJANA KEJAYAAN BARU…INSYALLAH..

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN….
WARGA GEMILANG YANG HORMATI SEKALIAN..

19. MARILAH KITA RENONG SEJENAK DISEBALIK KEJAYAAN INI … APAKAH SEMUA KEJAYAAN INI NANTI AKAN DAPAT DIPERTAHANKAN DIMASA AKAN DATANG??? ….DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM INI… NAMA GEMILANG SUDAH MENJADI ‘ICON’….DIBIDANG FOTOGRAPI DAN RADIO AMATUR…./ DUA BIDANG INI ADALAH SYNONYM DENGAN NAMA PERSATUAN…. APAKAH MAMPUKAH GEMILANG MENDAYA-TAHANKAN DAN MENDAYA-MAJUKAN AKTIBITI YANG SEDIA ADA INI ???

20. KEAKTIFAN AHLI DALAM BERPESATUAN JUGA TIDAK MENYELURUH…/ APAKAN INI AKAN BERTERUSAN….???? BOLEHKAH KOMITMEN SEGELINTIR AHLI MEMPERTAHANKAN KECEMERLANGAN INI???

21. DAN SATU LAGI PERSOALAAN DASAR, APAKAN DENGAN SUMBER KEUANGAN YANG TIDAK MANTAP… GEMILANG AKAN MAMPU BERTAHAN…??

22. OLEH ITU ….PERAMBA/SAYA INGIN MENYERU KEPADA SEMUA WARGA GEMILANG…. TIDAK MENGIRA YANG BARU ATAU LAMA, SUPAYA SAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENYUMBANGKAN…. BUAH-FIKIRAN, …MASA …,TENAGA DAN KOMITMEN….DEMI KECEMERLANGAN GEMILANG.
23. PERAMBA/SAYA PASTI… DALAM PELBAGAI KEUTAMAAN HIDUP KITA SEHARIAN,… JIKA SETIAP INDIVIDU WARGA GEMILANG…. MENYUMBANG SEDIKIT MASA ….NESCAYA RUANG KECIL KITA ITU AKAN PENOH DENGAN TENAGA BAGI MEMAJUANKAN PERSATUAN…/ KEMAJUAN DENGAN HALA TUJU YANG FOKUS BAGI MEMBINA PEMIMPIN YANG BERWIBAWA…. DAN BERHEMAH…. MELALUI AKTIBITI YANG DIJALANKAN SESUAI DENGAN MATLAMAT NYA...

24. KEARAH KEMANTAPAN EKONOMI,… PERAMBA/SAYA JUGA INGIN MENYARANKAN SUPAYA AHLI-AHLI YANG MEMPUNYAI KEMAHIRAN….. DAN KEMAMPUAN DALAM BIDANG INI….. UNTUK TAMPIL KEHADAPAN….. MENDOKONG HASRAT GEMILANG…. MENJANA SUMBER KEUANGAN YANG LEBIH BERDAYA-TAHAN….. DAN MENGUNTONGKAN….. MELALUI PROJEK PERLABURAN GEMILANG EKONOMI.

25. SETERUSNYA,…. SAYUGIA JUGA DI TEKANKAN…. KEPADA BAKAL PEMIMPIN DAN PENERAJU GEMILANG….. UNTUK MEMASTIKAN PROJEK YANG KITA LANCARKAN PADA HARI INI…. AKAN MENDAPAT KEJAYAAN DAN SOKONGAN YANG MELAUS…. DARI SEMASA KE SEMASA…/ KEJAYAAN INI NANTI AKAN DAPAT MEMBUKTIKAN…… BAHAWA GEMILANG….TETAP CEMERLANG DAN MEMPUNYAI DAYA TAHAN YANG KENTAL SERTA PROGRESIF.

26. MENGENAI DENGAN ICON GEMILANG YANG PERAMBA/SAYA PERKATAKAN SEBELUMNYA,…… MARILAH KITA SAMA-SAMA MENANAI….. DAN MENAMBAH NILAI….. SERTA MEMPERLUASKAN ICON INI…. KEBIDANG-BIDANG YANG LAIN…/ JADIKANLAH LANDASAN YANG SEDIA ADA INI…. SEBAGAI PEMANGKIN KEJAYAAN GEMILANG DI MASA AKAN DATANG…/ DIDALAM MEMAJUKAN SEMUA INI,….DIHARAPKAN KEPIMPINAN GEMILANG…. AKAN LEBIH BERWIBAWA DAN BERHEMAH,…. SERTA WARGA GEMILANG YANG LEBIH MESRA-MESYARAKAT…. BERASASKAN ‘NAWAITU’ YANG LURUS… MENCARI KEREDAHAN YANG MAHA ESA SEMATA-MATA.

27. SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN INI, PERAMBA/SAYA BAGI PIHAK AHLI JAWATANKUASA TADBIR GEMILANG… SESI 2008/2009…. DAN SESI YANG SEBELUMNYA…. MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN…. SEMPENA BULAN SYAWAL YANG MULIA INI KEPADA AHLI-AHLI GEMILANG KHUSUSNYA….RAKAN-RAKAN GEMILANG AMNYA ….ANDAINYA DISEPANJANG 5 TAHUN KAMI MENTADBIR PERSATUAN INI…. ADA TERSASUL KATA, TERKASAR BAHASA MAHUPUN PERBUATAN. ITU SEMUA ADALAH KELEMAHAN KAMI,…../ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ….MAAF ZAHIR DAN BATIN.

28. SEKIAN…. WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH…ASSALAMULAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATU