Sunday, 4 October 2009

UCAPAN ALU-ALUAN NAIB YANG DIPERTUA

UCAPAN ALU-ALUAN NAIB YANG DIPERTUA PERSATUAN GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN MAJLIS ULANGTAHUN KE 5 PADA 27 SEPTEMBER 2009
Assalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya kita beroleh taufiq dan hidayah. Segala puji-pujian, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam serta kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat setia sehingga ke ahkir zaman.

Yang Mulia, Awang Haji Samsul bin Haji Mansor, Pegawai Kebajikan JAPEM Bahagian Bantuan, Cawangan Tutong, Tetamu Kehormat kita pada majlis ini,

Yang Mulia Awang Haji Ayub bin Haji Suhaili, Yang Di Pertua Persatuan Gemilang Daerah Tutong,

Yang kami muliakan dan dikasihi, bakal-bakal anak-anak BELAIAN KASIH GEMILANG, serta penjaga mereka,

Yang Mulia para Jemputan,

Yang Mulia Ahli Jawatan Kuasa Tadbir GEMILANG, Ahli Jawatan Kuasa Majlis, Warga-warga GEMILANG serta keluarga, dan pada hadirin dan hadirat yang pramba saya hormat dan kasihi sekalian, ’..............

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Minal Aidil Wal Faizin

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah Subahanahu Wata’ala jua, sekali lagi kita, khasnya warga GEMILANG dapat bersama berkumpul bagi memperingati dan meraikan Sambutan Ulang Tahun Persatuan Gemilang Daerah Tutong yang ke 5.

Tayangan yang baharu saja para hadirin dan hadirat saksikan adalah tayangan sepintas lalu susur jalur Persatuan Gemilang sepanjang 5 tahun kewujudannya. Dalam usia nya yang baharu sahaja 5 tahun, GEMILANG adalah satu persatuan yang masih muda. Walaubagimanapun, dalam linkungan 5 tahun ini, gambar-gambar yang bercerita tanpa berkata, ..... mempunyai nilai seribu kata, ...... meluahkan seribu cerita, ....... mencipta seribu kenangan, ..... dan kenangan yang menjadi sejarah. Pengalaman GEMILANG dalam susur jalur ini telah mencorak GEMILANG pada hari ini dan insyaAllah sebagai perangsang kecemerlangan GEMILANG di masa-masa hadapan.

Hadirin dan Hadirat, peramba saya hormati sekalian,

Dalam menyemarakan Sambutan Ulangtahun GEMILANG ke-5 ini dan membuka satu lembaran sejarah baru, ..... sambutan kali ini akan diselajurkan dengan pelancaran Projek BELAIAN KASEH GEMILANG. Projek yang akan mejadi Mutiara dalam kewujudan GEMILANG ini akan hadirin hadirat sama-sama dengarkan taklimatnya dan saksikan pelancarannya dalam sedikit masa lagi.

Alhamdulillah, ulangtahun ke-5 ini jatuhnya disuasana Hari Raya Aidil Fitri. Amat sesuailah sambutan ulangtahun ini dijalinkan dengan semarak aidil fitri. Maka, bolehlah dikatakan 3 Majlis dalam satu : Sambutan Ulangtahun ke 5 penubuhan GEMILANG; ..... Majlis Pelancaran Projek Belaian Kaseh GEMILANG; ...dan .... Sambutan Hari raya Aidil Fitri GEMILANG bagi tahun 1430H/2009.

Seperti hadirin hadirat baca didalam Buku Aturcara, antara acara lain dalam majlis pada petang ini adalah penyampaian sijil penghargaan kepada Komiti Pro Tem. Komiti Pro Tem ini telah dibentuk sebelum tertubuhnya GEMILANG. Dengan berlandaskan wawasan yang jauh, Komiti Pro Tem ini telah melahirkan Persatuan Gemilang Daerah Tutong. Warga GEMILANG yang telah melalui perjalanan dan mengalami perkembangan persatuan ini dengan tulus ikhlas menyampaikan rasa penghargaan yang tidak ternilai kepada Komiti Pro Tem ini.

Hadirin Hadirat Peramba saya hormati sekalian,

Acara tambahan yang tidak hadirin hadirat nampak di dalam buku aturcara, yang senghaja tidak di catat, iaitu, .... sebagai surprise... adalah acara penyampaian Anugerah Bakti GEMILANG. Anugerah Bakti Gemilang yang baharu sahaja diperkenalkan akan disampaikan kepada ahli GEMILANG yang telah menyumbangkan bakti signifikan dalam memperkukuhkan dan perkembangan aktiviti GEMILANG, dengan mempamerkan beberapa ciri-ciri keperibadian seperti komitment, dedikasi, kepimpinan dan lain-lain. Sama-samalah kita nantikan, siapakah yang akan menerima anugerah ini.

Hadirin Hadirat Peramba saya hormati sekalian,

Di Majlis yang permai ini, saya mewakili Ahli Jawatankuasa Majlis mengucapkan ribuan terima kaseh kepada Tetamu Kehormat kerana dapat hadir bagi Majlis petang ini.

Ucapan terima kaseh ini juga saya sampaikan kepada bakal anak-anak BELAIAN KASEH GEMILANG serta penjaga mereka,

Ribuan terima kaseh diucapkan kepada para jemputan-jemputan kerana hadir pada majlis ini,

Dan Ribuan terima kaseh diucapkan kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis yang telah bertungkus untuk menjayakan Majlis ini, dan tidak lupa semua ahli-ahli GEMILANG dan Keluarga mereka serta orang perseorangan atas penglibatan secara langsung dan sebaliknya, serta sumbangan-sumbangan berupa kewangan, makanan, tenaga dan buah fikiran bagi menjayakan aktiviti dan majlis GEMILANG ini.

Hadirin Hadirat yang Peramba saya hormati sekalian,

Peramba saya akhiri ucapan peramba saya ini. Semoga pertemuan kita pada petang ini memberikan kita suntikan semangat dan juga suntikan kesyahduan untuk kita menjadi insan yang dekat di sisi Allah Subhanahu Wata’ala. Dengan itu, Wabillahitaufiq Wal Hidayah, Wasalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selanjutnya saya jemput dan mempersilakan Yang Mulia Hj Ayub bin Haji Suhaili untuk menyampaikan Ucapan Khas. Majlis mempersilakan.