Wednesday, 30 December 2009

Persatuan Gemilang Polo Shirt

Salam kepada semua ahli-ahli GEMILANG yang berminat untuk membeli atau menempah baju polo shirt GEMILANG yang terbaru, sila sms atau email kepada +6738912758 / +6738718758. Email : v8nfd@hotmail.com / mohd_amali@hotmail.com.


Gemilang Poloshirt - Belakang



Gemilang Poloshirt - Depan

Polo shirt ini berharga B$25.00 dengan saiz S / M / L / XL / XXL / XXXL / XXXXL. Tempahan hendaklah dibuat sebelum 14hb Januari 2010 bersama pembayaran deposit dan poloshirt ini akan diberikan kepada yang telah menempah sebelum 31hb Januari 2010.


Manakala tempahan yang melebihi dari tarikh dan waktu yang di tetapkan diatas disyorkan untuk menunggu polo shirt berkenaan selepas 31hb Januari 2010.

Adanya cadangan untuk membuat baju polo shirt ini adalah untuk dipakai semasa Mesyuarat Agong Ke-5 yang akan diadakan pada Hari Ahad, 31hb Januari 2010 bertempat di Dewan Utama Kemasyarakatan Tutong.

Sekian dimaklumkan

Fadhlina Bakar
Tim. Setiausaha Agong
Persatuan Gemilang Daerah Tutong

Tuesday, 29 December 2009

PROJEK BELAIAN KASIH GEMILANG-part 3 NBT

Mesyuarat Agong Gemilang Ke-5

Dengan penuh hormat dan sukacita menjemput semua ahli-ahli Persatuan Gemilang Daerah Tutong untuk hadir ke Mesyuarat tersebut diatas pada:


Tarikh : 31hb Januari, 2010M bersamaan 15hb Safar 1431H
Hari : Ahad
Jam : 7.45 Pagi
Tempat : Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam.


ATURCARA:


7:45 Pagi - Kehadiran Ahli-Ahli Yang Dijemput
8:15 Pagi - Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat
- Ucapan Alu-aluan Yang Di-Pertua
- Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-4
- Laporan-laporan Setiausaha Agung dan Ketua-Ketua Bahagian
- Membentangkan Usul-Usul
- Pembubaran AJKT dan AJK ke-4 (2008-2009)
- Pencalonan , Pengundian dan Lantikan AJKT ke-5
- Ucapan Tangguhan Yang Di-Pertua Baru


Diatas kehadiran Pengiran/Awang/Dayang peramba/kaola/kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kaseh.


Sila tetapkan kehadiran/attendance awda ke +6738778942 (Siti Hasibah-V8MON) atau +6738912758 (Fadhlina-V8NFD)

Monday, 21 December 2009

MEMBUKA ACCOUNT BIBD DAN MEMBELI PERALATAAN/BUKU SEKOLAH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM PROJEK BELAIAN KASIH GEMILANG





Pada 22hb Disember 2009, hari Selasa AJK Projek Belaian Kasih bersama Anak-Anak Yatim seramai 6 Orang akan dibawa untuk membuka Akaun BIBD dan membeli peralatan/buku sekolah bagi tahun 2010 seterusnya berkunjung ke bilik Pameran NBT (BRUNEI) Sdn.Bhd.


ATURCARA
  • 12.45 ptg- Ahli-Ahli dan Anak-Anak Belain Kasih Gemilang berkumpul di Bank BIBD Tutong
  • 1.00 ptg- Membuka akaun di Bank BIBD Tutong
  • 2.30ptg- Membeli Peralatan/buku sekolah di Bismi Trading Sdn. Bhd (Gadong Branch
  • 3.30ptg- Minum Petang di Bilik Pameran NBT (Brunei) Sdn. Bhd (Gadong Branch)

AJK Belaian Kasih

Penasihat : YM Faizal Gurie
Pengerusi : YM Hj Bahrin Halimi
Setiausaha: YM Muhd. Fadilah
Ahli 1 : YM Alwi Dr.Hj Amzah
Ahli 2 :YM Hj Mohd.Fajri

Untuk makluman kepada Ahli-Ahli GEMILANG, abiskita dijemput hadir bagi sama-sama bagi memeriahkan acara yang akan berlangsung pada hari tersebut.

Sekian Terima Kasih.