PASTI HEBAT Sekali Lagi Dengan Segala Hormatnya, Diminta Semua Ahli Gemilang Dapat Hadir Untok Memberi Sokongan Hebat Kepada Pasukan Bolasepak Persatuan-Gemilang Yang Akan Mengadakan Perlawanan Persahabatan Dengan Pasukan Bolasepak National Veteran. Bawa Kesemua Ahli Keluarga Anda.........Tiket Adalah Percuma Go...Go Gemilang Tempat: Complek Sukan Tutong Pada: 1hb March 2009. Hari: Ahad (ptg) Masa: 1600hrs " Never Bend Your Head, Always Hold It High. Look The World Straight In The Face" |
Thursday, 26 February, 2009
GEMILANG TEAM VS NATIONAL VETERAN
Posted by
V8MUU
at
2/26/2009 10:21:00 PM
Labels: Gemilang Kebudayaan dan Sukan, Info Media
Wednesday, 25 February, 2009
Mesyuarat #2 AJKT GEMILANG
Posted by
Persatuan Gemilang Daerah Tutong
at
2/25/2009 10:09:00 AM
Labels: Info Media, Masyuarat GEMILANG
Thursday, 19 February, 2009
Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 4
Cuaca baik pada malam dan pagi tersebut seolah-olah memahami kerisauan ahli rombongan yang masih berada di rumah panjang walaupun diminta perpindah keluar ke dewan pusat operasi di Kampong Labi. Kira jam 10:30 pagi pada hari Sabtu 7hb Februari 2009, Ketua Kampong Labi 1 bersama seorang Pegawai Bomba dan Penyelamat datang membawa set telepon satellite. Malangnya telepon tersebut tidak dapat digunakan sertamerta kerana terkunci (blocked). Dalam keadaan kecemasan, rombongan terpaksa menghubongi pihak NDMC dan AiTi dengan keluar ke jalan menuju ke kampong Labi dimana pancaran telepon bimbit di terima. Setelah membuat beberapa panggilan memaklumkan bahawa set telepon satellite yang dihantar tidak dapat digunakan, pihak AiTi berusaha bertungkus lumus mendapatkan semula kata laluan untuk membuka set telepon tersebut daripada Syarikat pembekal SingTel di Singapura. Hanya kira-kira jam 12:30 tengah hari ianya dapat di pergunakan. Semasa menanti-nanti Tek Pesanan Ringkas kata Laluan set telepon Satellite dari pada AiTi, stesen radio rumah panjang menerima panggilan daripada satu Stesen Radio Amatur dengan panggilan isyarat V8MFW. Panggilan diterima dan satu berita disampaikan bahawa Anak Menantu Ketua Rumah Panjang telah di tahan diRumah Sakit Suri Seri Begawan Kuala Belait. Berita ini didengar sendiri oleh Ketua Rumah Panjang melalui radio dan memaklumkan yang beliau akan turun esok pagi untok melawat dan meminta anak beliau menunggu di Sungai Mau. Pesanan ini disampaikan melalui radio kepada V8MFW yang berada di ‘Homebase Station’ beliau di Sungai Bakong ,Lumut bersama anak Ketua Rumah Panjang tersebut. QSO dan QSP ini telah membuktikan bahawa radio amatur adalah komunikasi unggul apabila komunikasi lainya gagal dan terputus. Panggilan pertama dengan menggunakan telepon satellite telah dibuat ke AiTi bagi memaklumkan bahawa telepon tersebut telah berfungsi dan rombongan Gemilang Radio akan menutup stesen di Rumah Panjang kerana kumunikasi telah dipulihkan dengan adanya telepon satellite tersebut. Pada jam 1:00 petang rombongan bersiap untok meninggalkan rumah panjang. Setelah menikmati makan tengah hari, antenna pun diturunkan dengan bantuan dua orang penghuni rumah panjang yang mana seorang daripadanya adalah anak yatim berumur 10 tahun. Walaupun kecil, kegairahannya ketara sekali menemani rombongan disepanjang rombongan berada dirumah panjang sehingga tidur pun bersama rombongan disetiap malam. Setelah semuanya peralatan dikemaskan, rombongan pun menghubongi Pusat Operasi di Dewan Kampong Labi bagi mengambil rombongan dan menghantar ke Sungai Petai. Sebelum meninggalkan Rumah Panjang, rombongan sempat menandatangani buku pelawat Ketua Rumah Panjang dan bergambar ramai. Gambar tersebut akan tetap menjanjikan bermacam kenangan dan pengelaman yang berharga semasa rombongan menjalankan misi bantuan komunikasi melalui radio amatur. "Amateur Radio is the safest communication when everything else failed". |
Posted by
V89FA- Gemilang President
at
2/19/2009 04:38:00 PM
Labels: Gemilang Radio
Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 3
Posted by
V89FA- Gemilang President
at
2/19/2009 04:35:00 PM
Labels: Gemilang Radio
Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 2
Dalam keadaan hujan yang turun dengan lebatnya rombongan berlepas pada jam 11:00 pagi dari Pangkalan Sungai Mau menaiki bot tentera mengharungi sungai dan jua laluan hutan ke Sungai Petai. Luagan Lalak yang menyediakan keindahan pada hari biasa kini telah ditenggelami oleh air bah. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit itu memberikan satu pengelaman kepada ahli bawa kepakaran pemandu bot tentera membuktikan bawa kemahiran beliau memang tidak dapat dinafikan. Setiba di Sungai Petai, rombongan terpaksa menunggu Penghulu Mukim Labi bagi membawa rombongan ke kampong Mendaram Ulu. Rombongan dimaklumkan oleh petugas di Sungai Petai bahawa penghulu telah pun menanti kedatangan rombongan seawal jam 9:00 pagi. Rombongan TelBru yang meninjau kemudahan mereka di Mendaram telah tiba lebih awal dan diangkut oleh Penghulu yang sama. Kira-kira jam 12:30 penghulu pun tiba bersama rombongan TelBru selepas menjalankan tugasan meninjau ke Kampong Mendaram Ulu dan rombongan Gemilang pun bergerak meninggalkan Sungai Petai. Waktu di Sungai Petai , V8MKJ dan V8NFA sempat membuat perhubongan dengan Pusat Penerimaan Pancaran di Kampong Tanjong Maya melalui ‘Echolink’. Itulah kecanggihan teknologi internet yang mana boleh dinikmati walaupun berada dikawasan pendalaman. Rombongan tiba di Rumah Panjang Bukit Teraja jam 1:10 petang dan disambut oleh Ketua Rumah Panjang Jamit anak Lasah dan ahli rombongan pun di perkenalkan oleh penghulu. Selepas saja bersuai kenal dengan Ketua Rumah Panjang dan pernghuninya, Penghulu pun meninggal kan rombongan untuk kembali ke bilik Operasi di Dewan Serbaguna Kampong Labi. Misi ke Rumah Panjang Bukit Teraja segera dimulakan sebaik saja rombongan menikmati makan tengah hari ‘take away”. Seperti yang dirancangkan, beberapa ‘antenna’ VHF dan jua HF pun di pasang . Setiap ahli rombongan membuat tugasan masing-masing. Semangat tinggi berpasukan jelas kelihatan walaupun suasana hujan mulai turun semasa mendirikan tiang bagi menempatkan antenna-antenna berkenaan. Semua kerja tersebut selesai di buat kira-kira jam 2:50 petang. Kerja berikutnya ialah membuat pemancaran kepada pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya. Setelah membuat pangilang CQ beberapa kali kepada pusat penerimaan pemancaran namun tiada sebarang jawapan di terima. Rasa gelisah mula timbul kerana misi tidak akan berjaya tanpa adanya perhubongan kumunikasi duahala. Hanya kira-kira jam 9:30 malam satu station radio amatur dengan panggilan isyarat V85IR telah menerima panggilan dari stesen rombongan. Hujan turun dengan lebatnya memburukkan lagi keadaan apabila bekalan elektrik kerumah panjang tersebut terputus. Dalam keadaan serba kegelapan ‘back up’ generator yang dibawa oleh rombongan terus dihidupkan untuk menjana bekalan letrik. Ternyata perancangan yang rapi untok membawa generator memberi kesan kepada kejayaan misi ini dengan berterusan dan mantap. Beberapa lapuran di sampaikan kepada station V85IR untok di ‘relay’ kepada pusat penerimaan pancaran di Kampong Tanjong Maya termasuk memaklumkan kepada NDMC dan AiTi yang komunikasi sudah pun berjaya dibuat melalui radio. Sebelum berehat tidur, ahli-ahli rombongan berbincang untok mencari jalan memperbaiki keberkesanan stesen di Rumah Panjang. Keputusan yang diambil ialah untok menaikkan satu lagi antenna VHF Omni directional bagi menggantikan directional antenna yang dipergunakan, pada pagi esoknya. Hujan lebat terus turun sehingga paras air naik dan menyebabkan banjir kilat berlaku di sekeliling kawasan rumah panjang. |
Posted by
V89FA- Gemilang President
at
2/19/2009 04:06:00 PM
Labels: Gemilang Radio
Radio Amatur Gemilang Mantap dalam kecemasan - Part 1
Posted by
V89FA- Gemilang President
at
2/19/2009 02:42:00 PM
Labels: Gemilang Radio
Mesyuarat Gemilang Radio 27 Januari 2009
Posted by
V89FA- Gemilang President
at
2/19/2009 10:42:00 AM
Labels: Gemilang Radio
TEMA: KEDEWASAAN BERNEGARA
Posted by
Persatuan Gemilang Daerah Tutong
at
2/19/2009 05:10:00 AM
Labels: Info Media
Wednesday, 18 February, 2009
Dengan Segala Hormatnya, Diminta Semua Ahli Gemilang Dapat Hadir Untok Memberi Sukungan Padu Kepada Pasukan Bolasepak Persatuan-Gemilang Yang Akan Mengadakan Perlawanan Persahabatan. |
Posted by
V8MUU
at
2/18/2009 02:51:00 PM
Saturday, 7 February, 2009
Gemilang Membantu Mangsa Banjir
GAMBAR , SUASANA OPERASI MEMBANTU MANGSA BANJIR KPG TANJONG MAYA YANG DILAKUKAN OLIH BEBERAPA AHLI PERSATUAN GEMILANG PADA MALAM 3HB FEB 2009 |
Posted by
Persatuan Gemilang Daerah Tutong
at
2/07/2009 09:04:00 AM
Labels: Info Media
























