| Ini adalah sebahagian aktiviti rakan GemilangFoto, Gemilang Kesenian dan sukan di Daerah Temburong dengan melawat taman Batang Duri disebelah petang dengan membawa beberapa peserta jurugambar yang hadir sesi taklimat pagi/petang. |
Tuesday, June 30, 2009
Antara Aktiviti PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG KE DAERAH TEMBURONG
Posted by
Persatuan Gemilang Daerah Tutong
at
6/30/2009 09:36:00 PM
Wednesday, June 17, 2009
AMBIL PERHATIAN
ROMBONGAN LAWATAN MUHIBBAH PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG KE DAERAH TEMBURONG 27 – 28 JUN 2009 (HARI SABTU & AHAD) Persatuan Gemilang Daerah Tutong melalui Gemilang Sukan, Seni dan kebudayaan akan mengadakan Lawatan Muhibbah ke Daerah Temburong. Lawatan tersebut yang akan diadakan selama 2 hari 1 malam pada 27hb Jun 2009, hari Sabtu dan 28hb Jun 2009, hari Ahad. Program Lawatan Muhibbah GEMILANG ke Daerah Temburong adalah seperti berikut: 27hb Jun 2009 / 4 hb Rejab 1430 – Sabtu
28hb Jun 2009 / 5hb Rejab 1430 – Ahad
HARGA PAKEJ LAWATAN GEMILANG KE DAERAH TEMBURONG: 27-28 JUN 2009 (HARI SABTU & AHAD)
Kepada ahli-ahli yang berminat untuk menyertai rombongan lawatan tersebut, sila isi borang penyertaan yang boleh didapati daripada: Awg Hussin bin Hj Abd Rahman (V8MUU) Pengerusi GEMILANG SUKAN, SENI & KEBUDAYAAN - 8730096 Awg Zamain bin Sia - Bendahari Agung GEMILANG - 8757268 Awg Alihan bin Hj Mohd Zain (V89AMZ) - Ketua Sukan, GEMILANG SUKAN, SENI & KEBUDAYAAN - 8645001 Awg Mardani bin Sapian (V8MMY) – Ketua Seni & Kebudayaan, GEMILANG SUKAN, SENI & KEBUDAYAAN - 8880129 dan kembalikan borang bersama wang pembayaran tidak lewat daripada 25hb Jun 2009, jam 5.00 Petang kepada:- Awg Hussin bin Hj Abd Rahman (V8MUU) Pengerusi GEMILANG SUKAN, SENI & KEBUDAYAAN - 8730096 Awg Zamain bin Sia - Bendahari Agung GEMILANG - 8757268 Sehubungan itu, kerjasama daripada semua pihak yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut supaya dapat menghubungi terus kepada nama-nama yang tersebut diatas. Sekian untuk makluman dan wassalam. |
Posted by
V8MUU
at
6/17/2009 09:58:00 PM
Tuesday, June 9, 2009
Mesyuarat Mesyuarat Pertengahan Tahun 2009 AJKT (EXCO) GEMILANG
Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Dengan penuh hormat sukacita menjemput semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi GEMILANG untuk hadir ke Mesyuarat Pertengahan Tahun 2009 AJKT (EXCO) GEMILANG: Pada: 17hb Jamadilakhir 1430H bersamaan 11hb Jun 2009 Hari : Khamis Jam : 7:30 Malam Tempat: Rumah Kediaman Lt. Kol (U) Mohd Sallehin bin Hj Mohd Taib No. B4 Jalan Raja Isteri Berakas Garisen Agenda: 1. Jadual Aktiviti Badan-Badan dari Jun 2009 hingga Disember 2009. 2. Kalender GEMILANG 2009. 3. Permohonan logo badan-badan. 4. Penerimaan ahli-ahli baru 5. Hal-hal lain Aturcara: 7:30pm - ketibaan AJKT - Sembahyang Fardhu Isyak Berjemaah 8:00pm - Mesyuarat di mulakan sehingga selesai. Jamuan akan disediakan oleh tuan rumah. Di atas kehadiran dan kerjasama semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi (EXCO) bagi memastikan mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. Sekian dan wassalam. NB. Setiausaha-setiausaha Badan, sila emailkan softcopy jadual aktiviti badan masing-masing sebelum 10hb Jun 2009. Terima kasih, |
Posted by
Persatuan Gemilang Daerah Tutong
at
6/09/2009 10:20:00 AM
Labels: Info Media, Masyuarat GEMILANG






















