Wednesday, 22 December 2010

Perlawanan Persahabatan Badminton & Futsal

Tarikh : 11hb - 12hb Disember 2010
Tempat : Wilayah Persekutuan Labuan
Acara : Perlawanan Persahabatan Badminton dan Futsal diantara GSSK & Kementerian Kesihatan WP Labuan


Pemain dari Kem Kesihatan WP Labuan



Yakub HAR sedang beraksi

Futsal

Pengerusi GSSK, Yakub Har Menerima cenderahati dari wakil Kementerian Kesihatan WP Labuan



Thursday, 18 November 2010

NBT 4WD BASIC TRAINING 2/2010

Kepada Semua Jurulatih GEMILANG 4X4...

NBT 4WD BASIC TRAINING 2/2010 PADA 21HB NOVEMBER 2010

1/ Sukacita dimaklumkan kepada semua Jurulatih bahawa perkara diadakan pada Hari Ahad, 21hb November, 2010. Keramaian pelatih yang dijangka ikut serta dalam latihan seramai 22 orang.

2/ Sehubungan dengan itu, bagi memantap dan melicinkan latihan itu dipohon kerjasama daripada semua jurulatih supaya akan dapat memberi khidmat latihan kepada pelatih-pelatih tersebut.

3/ Maklumbalas untuk memberi khidmat tersebut bolehlah dihantar melalui SMS kepada Pengerusi GEMILANG 4X4, MUHAMMAD FADILAH BIN AWANG (Tel bimbit: 8883611)

4/ Untuk makluman rancangan persiapan dan pengendalian adalah seperti berikut:-

Hari/Tarikh : Jumaat, 19hb Nov , 2010
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Berkumpul di kawasan Latihan PJ
Perkara :
a) Meninjau (Recce) Kawasan Latihan
b) Meletak papan-papan tanda di kawasan latihan

Hari/Tarikh : Sabtu, 20hb. Nov, 2010
Masa : 7.00 malam
Tempat : Berkumpul di Rest. PM dan Wira Dojo
Perkara :
a) Refresher Training - Teori dan Practikal (Rehearsal)
b) Persiapan tempat dan lain-lain perkara yang
bersangkutan dengan latihan

Hari/Tarikh : Ahad, 21hb Nov 2010
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Berkumpul di Rest. PM dan Wira Dojo
Perkara :
NBT 4WD Basic Training Teori dan Pratikal.

ATURCARA MAJLIS NBT 4WD BASIC TRAINING 2/2010 PADA 21HB NOVEMBER 2010
- 7.00 Pagi - Pendaftaran
- 7.30 Pagi - Sarapan Pagi
- 8.00 Pagi - Acara dimulakan
- Bacaan surah Al-Fatihah
- Ucapan wakil NBT - Hjh Noorizah@Hjh Wan Hj Yahaya, Customer Service Manager
- Pengenalan kepada 4wd training
- Taklimat “POWER” dan Tyre Changing Demo.
- Gambar Ramai
- Pratikal 4WD Basic Training
- Makan Tengah Hari
- Bersurai

Sekian makluman kepada semua jurulatih. Penghargaan dan terima kasih diatas komitmen yang di berikan.

Sekian Wassalam
MUHAMMAD FADILAH BIN AWANG
Pengerusi GEMILANG 4X4

Saturday, 9 October 2010

2010 BRUNEI CQ WORLDWIDE DX CONTEST GROUP

Dalama usaha memperkenalkan dan mempromosikan sukan radio amatur CQ World Wide DX Contest, GEMILANG Radio telah mengungkayahkan satu Contest Group bagi menyertai kejohanan CQWW SSB DX CONTEST Oktober ini. Sehubongan dengan ini, GEMILANG RADIO menjemput kepada pengemar-pengemar hobi Radio Amatur di negara ini yang ingin menyertai Contest Group ini untok mendaftarkan diri kepada Pengerusi GEMILANG Radio-V8NFA dan Setiausaha GEMILANG Radio-V85AWG sebelum 22hb Oktober 2010.

Penyertaan ini adalah dengan nama BRUNEI CQ WORLDWIDE DX CONTEST GROUP akan beroperasi seperti berikut;-

  • Tempat Station Beroperasi: Home QTH V85TX
  • Kategori : Multi-Operator (M2)
  • Tarikh: 30hb (sabtu) hingga 1hb (Isnin) Nobember 2010
  • Masa: 48 Jam bermula 8:00 pagi (30hb) hingga 8:00 pagi (1hb)
  • Band: 160m hingga 10m (1.8Mhz hingga 28Mhz)
Antaralain objektif penyertaan ialah untok:
  • Memgumpulkan pengemar-pengemar hobi radio amatur di negara ini tanpa mengira kelab atau persatuan yang dinaungi ke satu aktibiti berpasukan (teamwork) dalam menjalin semangat satu warga ham;
  • Meningkatkan minat stesen radio amatur untok melangkah kehadapan lagi ke ruang udara band HF;
  • Meningkatkan kemahiran pengendalian Stesen Radio Amatur di HF band demi memberi persaingan kepada perserta-perserta lain;
  • Pendedahan dan menimba pengelaman serta menjalin kemesraan sesama ahli-ahli kumpulan dan pengemar hobi ini.

Bagi persediaan penyertaan ini, kerja-kerja mendirikan antenna-antenna yang digunakan akan di buat hari Jumaat 29hb Oktober bermula jam 3:30 petang. Kepada yang ingin membuat tempahan baju kenangan penyertaan bolehlah berhubong terus kepada Awg Roslan-V85AVE.

Memandangkan masa kejohanan meliputi operasi 48 jam, perseta-perserta dianjurkan mengambil langkah awal bagi memastikan kelancaran pernyertaan masing-masing.

Sekian wassalam 73 & 88
Setiausaha GEMILANG Radio

Tuesday, 5 October 2010

Editing Class with Syazlie Shots & Rajawali Production








When? : Saturday, October 30th - Sunday October 31st 2010
Price ? : B$300/pax (Inclusive of notes/refreshments)

Grab the application form and sign up now! Registration forms can be obtained from Pengerusi Gemilang Foto, Faizal Gurie (+673-8985788 / +673-8145788. Registration duedate : 20th October 2010

Wednesday, 22 September 2010

GEMILANG SERTAI 'STREET FESTIVAL' PESTA KONVO UBD 24-25 SEPT.2010

Dimaklumkan kepada semua ahli-ahli yang mempunyai keluangan waktu pada tarikh-tarikh tersebut diatas untok dapat menghadirkan diri ke booth GEMILANG bertempat di parking Lot CHANSELLOR HALL, UBD pada tarikh yang tersebut diatas bagi sama menjayakan peryertaan GEMILANG. Antara pameran yang akan di buat ialah;-

  • Pengenalan Radio Amatur oleh GEMILANG Radio
  • Pameran Kerita 4X4 dan Basic 4X4 drive oleh GEMILANG4X4
  • Klinik Fotograpi oleh GEMILANG Foto
  • Basic Kiting oleh Ahli GEMILANG/Paramotor Association (PA)

Kepada semua ahli-ahli yang berminat untok menjayakan pameran ini supaya menghubongi Pengerusi-Pengerusi Bahagian untok mendapatkan maklumat lanjut.

Sekian dimaklumka
n

Monday, 20 September 2010

Gemilang Berhari Raya

HARI/TARIKH : JUMAAT , 1HB OKTOBER 2010

TEMPAT : RUMAH KEDIAMAN RASMI MARDANI SAPIAN [V89MMY]

ALAMAT : SPG 268-16, JLN BUKIT NIBONG, KG TANJONG MAYA

ATURCARA

7.30 malam : Ahli-ahli hadir

8.00 malam : Acara dimulakan

: Bacaan Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran

: Ucapan Alu-aluan Pengerusi [V89MMY]

8.30 malam : Nyanyian Hari Raya Beramai-ramai [AJKT]

: Jamuan

: Persembahan Anak-Anak BKG bersama AJKT

9.30 malam : GEMILANG “Got a Talent” [Lagu Hari Raya]

10.30 malam : Penyampaian Hadiah dan sumbangan

Bersurai

Kepada ahli-ahli yang berminat untuk turut serta, bolehlah membuat sumbangan sebanyak B$5.00 kepada Bendahari Agung, Zamain Sia di talian +673-8757268 tidak lewat 30hb September 2010.

Monday, 23 August 2010

MEMBELI-BELAH DAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG

Adalah ini dimaklumkan bahawa Exco Belaian Kasih Gemilang [BKG] akan mengadakan membeli-belah dan majlis bersungkai bersama anak-anak BKG pada:

Hari : AHAD(5hb September 2010)

Jam : 2.00 petang

Berkumpul : Dewan Kemasyarakatan Tutong

Aturcara :
- Ahli-ahli akan berkumpul di Dewan Kemasyarakatan Tutong bersama penjaga dan anak-anak BKG
- Rombongan akan bertolak membeli-belah dikedai yang akan di maklumkan kemudian.
- Seterusnya rombongan akan bersungkai di Seri Kandi Restaurant yang terletak di Kiulap
Sehubungan dengan ini kepada ahli-ahli gemilang yang berminat untuk menyertai bersungkai bersama anak-anak BKG adalah dikehendaki untuk mendaftarkan diri melalui sms kepada 8912758.

Bayaran penyertaan untuk majlis ini adalah B$5.00/seorang. Bayaran hendaklah disertakan untuk mengesahkan tempahan biskita sebelum hari Rabu,1hb September 8.00 pagi.

Sekian di maklumkan

Fadhlina Bakar
Pengerusi Belaian Kasih Gemilang
H/P : +673-8912758

Saturday, 21 August 2010

Update : MAJLIS MENZIARAHI PUSARA SERTA MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL BAGI AYAHANDA ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG

Hari/Tarikh : Ahad, 22hb Ogos 2010

Kepada ahli2 yang ingin turut serta menjayakan majlis ini di harap akan menghubungi ketua group yang telah di sertakan dibawah : -

GROUP A : (MELALUI KERETA)

  • Ketua Group A : Hj Ayub Hj Suhaili, YDP @ 8772126
  • Group A – Akan berkumpul diDewan KemasyarakatanTutong padapukul 5.30pagi selepas sahur dan sampai di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 6.00 pagi
  • Rombongan dijangka akan sampai keTemburong pada pukul 8.30 pagi
  • Disana rombongan akan mengambil Group B bersama anak2 BKG dan penjaga terus ke Tanah Perkuburan Pekan Bangar yang terletak 1km daripada Jetty Bangar. (Belakang Pos Polis)
  • Majlis membaca yaasin dan tahlil dijangka akan selesai selama 45 minit.
  • Rombongan akan menghantar Group B ke Jetty Bangar dan kembali ke BSB dan terus ke Tanah Perkuburan Kelamasi, Kg Kasat.

GROUP B : (MELALUI SPEEDBOAT)

  • Ketua Group B - Yakub Hj Abd Rahman @8601962
  • Group B – Akan bertolak berkumpul di Jetty BSB pada pukul 7.30 – 8.00 pagi dan bertolak keTemburong melalui speedboat.
  • Rombongan dijangka akan sampai keTemburong dalam 45 minit.
  • Disana rombongan akan berjumpa Group A dan terus ke Tanah Perkuburan Pekan Bangar yang terletak 1km daripada Jetty Bangar. (Belakang Pos Polis)
  • Majlis membaca yaasin dan tahlil dijangka akan selesai selama 45 minit.
  • Rombongan akan menghantar Group B ke Jetty Bangar dan kembali ke BSB dan teruske Tanah Perkuburan Kelamasi, Kg Kasat.
  • Rombongan dijangka tibake BSB jam 11.00 pg dan bertolak ke Tanah Perkuburan Kelamasi. Dijangka tiba jam 12 TghHari.
  • Rombongan akan berconvoy terus ke Tanah Perkuburan Kelamasi

Monday, 16 August 2010

MAJLIS ZIARAH KUBUR SERTA MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL BAGI AYAHNDA ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG [2]

BERKUMPUL : Dewan Kemasyakatan Tutong seterusnya akan bertolak ke Tanah Perkuburan Kg Puni, Temburong dan kemudian ke Tanah Perkuburan Kg Lumapas
TARIKH : 11hb Ramadhan 1432H bersamaan 22hb Ogos 2010M.
JAM : 8.00 pagi
HARI : Ahad

Untuk makluman pihak biskita, rombongan akan membawa penjaga dan anak-anak Belaian Kasih Gemilang untuk menyertai majlis ini iaitu menziarahi tanah perkuburan ayahnda anak-anak belaian kasih berkenaan.Pihak AJKT dan komiti Belaian Kasih Gemilang ingin menjemput semua ahli-ahli Gemilang untuk menghadiri majlis tersebut.

Kepada ahli-ahli Gemilang yang berkesudian untuk menghulurkan sedekah seangkat-angkat hati adalah dialu-alukan dan menyerahkannya terus kepada anak-anak belaian kasih gemilang.
Kepada ahli2 yang ingin turut serta rombongan ini diminta mendaftarkan diri ke +673-8912758 kerana pihak komiti akan menyediakan bas untuk perjalanan ke Temburong & Lumapas.
Sekian Terima Kasih, Selamat berpuasa dan semoga amalan kita di terima Allah, amin

Saturday, 14 August 2010

Majlis Membaca Yaasin dan Tahlil

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL BAGI AYAHNDA ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG [1]

BERKUMPUL : Dewan Kemasyakatan Tutong seterusnya akan bertolak ke Tanah Perkuburan Penanjong di ikuti selepas itu ke Tanah Perkuburan Suran.
TARIKH : 4hb Ramadhan 1432H bersamaan 15hb Ogos 2010M.
JAM : 8.00 pagi
HARI : Ahad

Untuk makluman pihak biskita, rombongan akan membawa penjaga dan anak-anak Belaian Kasih Gemilang untuk menyertai majlis ini iaitu menziarahi tanah perkuburan ayahnda anak-anak belaian kasih berkenaan.Pihak AJKT dan komiti Belaian Kasih Gemilang ingin menjemput semua ahli-ahli Gemilang untuk menghadiri majlis tersebut.
Kepada ahli-ahli Gemilang yang berkesudian untuk menghulurkan sedekah seangkat-angkat hati adalah dialu-alukan dan menyerahkannya terus kepada anak-anak belaian kasih gemilang.
Untuk renungan bersama :
Pernah ditanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t. Jawab baginda: “Amalan yang sedikit tetapi istiqamah (berterusan)”

Kebajikan anda akan sekurang kurangnya memberi sedikit kebahagian kepada mereka. Oleh itu sokongan, curahan dan huluran belaian kasih sayang anda semua adalah dialu-alukan.


Sekian Terima Kasih, Selamat berpuasa dan semoga amalan kita di terima Allah, amin

Monday, 9 August 2010

Uji cuba kenderaan Jeep Wrangler di Tutong






Oleh Yusrin Junaidi, Media Permata

TUTONG, Ahad, 8 Ogos 2010 - Jeep Wrangler tidak pernah kehilangan peminat yang terdiri daripada pencinta Off-Road.

Kenderaan Jeep dikeluarkan oleh syarikat Daimler Chrysler dan di Brunei kenderaan itu diedarkan pengedar kereta tempatan, GHK Brunei.

Syarikat pengedar kereta GHK Brunei dan Persatuan Gemilang Brunei buat pertama kalinya menganjurkan Kempen Jeep 2010 khusus untuk pemilik kenderaan Jeep Wrangler, Cherokee, Compas, Grand Cherokee, di kawasan Pasir Putih di sini dan mendapat sambutan amat mengalakkan.

Kempen Jeep 2010, yang disertakan dengan acara Off-Road ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemilik Jeep dan kakitangan syarikat penganjur.

Ia turut mengetengahkan kekuatan pacuan empat roda Jeep Wrangler Sport Unlimited. Kereta ini bukan saja menunjukkan reka bentuk yang gagah, bahkan telah membuktikan kekuatan kuasa enjin V6 3.7cc semasa uji cuba di Kawasan trek off-road Pasir Putih Tutong hari ini.

Daripada hasil uji cuba Jeep Wrangler Sport hari ini, kereta ini memang layak diberi nama sebagai "Legenda" bagi keluarga kereta berkuasa pacuan empat roda atau lebih dikenali dengan 4X4 atau 4WD.

Sebelum kempen dimulakan, Presiden Persatuan Gemilang Awang Ayup menerangkan tentang sistem kereta berkuasa pacuan empat roda, pacuan dua roda dan 4X4 selain menjelaskan mengenai tatacara keselamatan semasa berada di dalam kawasan off-road.

Sebelum itu, pengenalan lebih dekat tentang Jeep Wrangler 2010 juga disampaikan oleh salah seorang kakitangan dari Chrysler Brunei, GHK Sdn Bhd yang menyentuh mengenai anugerah yang dimenangi oleh Jeep Wrangler sebagai "Kereta Off-Roader Terbaik" yang dianugerahkan oleh Lifestyle Award dari Cars.com.

Kemampuan Jeep Wrangler telah menjadi keutamaan peminat Off-Road, di mana ia menawarkan kombinasi dari pelbagai faktor keselamatan, ruang yang fleksibel, keselesaan yang khusus dicipta untuk pemilik kereta Jeep Legenda "Wrangler".

Kereta ini juga memberikan kenyamanan dan menyenangkan di mana ruang atap boleh diganti dengan kanvas atau "Hard-Top" menjadikan satu-satu kereta pacuan empat roda yang sebenar 4x4 convertible.

Menurut salah seorang daripada pemilik kereta semi-4wd Jeep Compas, Dayang Aizen Syamsiah, Kempen Jeep 2010 memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman di antara pemilik kereta Jeep di tanah air. Kempen ini juga memberikan kesempatan untuk sama-sama bertukar-tukar pendapat tentang sistem kereta masing-masing".

Awang Mohd Zoolfadli pula berkata, walaupun berada di dalam kereta dan tidak sempat untuk menguji cuba kenderaan pacuan empat roda Jeep Wrangler. Akan tetapi pengalamannya sudah memadai akan kekuatan kereta berkenaan.

Manakala Awang Abdul Fariddudin pula berharap, Daimler Chrysler di bawah GHK Sdn Bhd akan meneruskan kempen Jeep berkenaan dengan mengetengahkan kenderaan jenama Jeep seperti Cherokee, Grand Cherokee, dan lain-lain.