Sunday, 30 May 2010

EYEBALL BERSAMA ROMBONGAN STESEN RADIO AMATUR KUCHING, SARAWAK.

Dimaklumkan kepada semua stesen radio amatur GEMILANG dan juga rakan-rakan GEMILANG bahawa, GEMILANG Radio akan mengalu-alukan rombongan Stesen Radio Amatur daripada Kuching, Sarawak;-


Pada: 6hb Jun 2010 (Ahad)

Jam: 7:45 pagi


Bertempat: Restoran Tanda Kasih, Keriam Tutong
.


Sehubongan dengan ini dijemput ahli-ahli GEMILANG, Ahli TX-V84RPG dan rakan-rakan GEMILANG untok sama-sama meraihkan rombongan tetamu bersarapan pagi bersama-sama


KEJOHANAN FOX HUNTING GEMILANG KALI KE 2 (AMATEUR RADIO DIRECTION FINDING)

Dengan hormatnya sukacita memaklumkan bahawa sekali lagi GEMILANG Radio, Persatuan Gemilang Daerah Tutong akan mengadakan Kejohanan Foxhunting (ADRF) pada 20hb Jun 2010 (Ahad) bertempat di Taman Rekreasi Sungai Basong, Tutong bersempena merayakan ulangtahun penubuhan Persatuan Gemilang Daerah Tutong yang ke 5.
Antaralain tujuan ianya diadakan ialah bagi;-
  1. -memperkenalkan aktibiti Fox Hunting (ARDF) di Negara Brunei Darussalam
  2. -memupuk semangat 'setiakawan' dikalangan ahli-ahli amatur radio di Negara Brunei Darussalam
  3. -mengembangkan dan mempromosikan hobi amatur radio
  4. -meningkatkan kemahiran teknikal ahli amatur radio dalam bersaing untuk melengkapkan peralatan yang digunakan
  5. -meningkatkan tahap kesihatan individu dengan beriadah
  6. -juga mempromosi Taman Rekreasi Sungai Basong sebagai tempat beriadah di daerah Tutong.
Kepada semua pengemar-pengemar sukan ini, maklumat lanjut dan borang penyertaan bolihlah didapati daripada Setiausaha GEMILANG Radio, V85AWG (hp: 8781900 atau emel v89awg@yahoo.com). Peryertaan dibukakan kepada semua stesen radio amatur di Negara Brunei Darussalam. Tarikh tutop penyertaan ialah pada 18hb Jun 2010

Monday, 10 May 2010

FIELD DAY, GEMILANG Radio Mei 2010

Dimaklumkan bahawa Persatuan Gemilang Daerah Tutong akan mengadakan 'Field Day' GEMILANG Radio sempena ulang tahun Persatuan kali yang ke-5 yang akan diungkayahkan oleh GEMILANG Radio bertempat di Pantai Seri Kenangan Tutong:-


Pada: 30-31hb Mei 2008 (Ahad & Isnin)

Waktu: Bermula 4:00 petang 30hb Mei 2010

sehingga 10:00 pagi 31hb Mei 2010


Antara objektifnya ialah untuk:

· Sesi suai-kenal sesama ahli dan mengeratkan setiakawan dikalang ahli. Ianya jua diharapkan sebagai platform kesatuan dalam berpersatuan.

· Mempromosikan kegiatan-kegiatan yang diungkayah oleh Bahagian Gemilang Radio kepada ahli-ahli baru


Beberapa aktiviti juga akan diadakan termasuk :-


a. HF DXing

b. BBQ

c. Sesi pengenalan Foxhunting & Net Control



GEMILANG Radio menjemput semua penggemar Radio Amatur yang ingin menyertai 'outing' tersebut untok menghubongi dan mendaftar kepada Setiausaha GEMILANG Radio, V85AWG (8781900) tidak lewat 26hb Mei 2010 (Rabu).


Sekian

Setiausaha GEMILANG Radio

V85AWG