Monday, 10 May 2010

FIELD DAY, GEMILANG Radio Mei 2010

Dimaklumkan bahawa Persatuan Gemilang Daerah Tutong akan mengadakan 'Field Day' GEMILANG Radio sempena ulang tahun Persatuan kali yang ke-5 yang akan diungkayahkan oleh GEMILANG Radio bertempat di Pantai Seri Kenangan Tutong:-


Pada: 30-31hb Mei 2008 (Ahad & Isnin)

Waktu: Bermula 4:00 petang 30hb Mei 2010

sehingga 10:00 pagi 31hb Mei 2010


Antara objektifnya ialah untuk:

· Sesi suai-kenal sesama ahli dan mengeratkan setiakawan dikalang ahli. Ianya jua diharapkan sebagai platform kesatuan dalam berpersatuan.

· Mempromosikan kegiatan-kegiatan yang diungkayah oleh Bahagian Gemilang Radio kepada ahli-ahli baru


Beberapa aktiviti juga akan diadakan termasuk :-


a. HF DXing

b. BBQ

c. Sesi pengenalan Foxhunting & Net Control



GEMILANG Radio menjemput semua penggemar Radio Amatur yang ingin menyertai 'outing' tersebut untok menghubongi dan mendaftar kepada Setiausaha GEMILANG Radio, V85AWG (8781900) tidak lewat 26hb Mei 2010 (Rabu).


Sekian

Setiausaha GEMILANG Radio

V85AWG