Sunday, 30 May 2010

KEJOHANAN FOX HUNTING GEMILANG KALI KE 2 (AMATEUR RADIO DIRECTION FINDING)

Dengan hormatnya sukacita memaklumkan bahawa sekali lagi GEMILANG Radio, Persatuan Gemilang Daerah Tutong akan mengadakan Kejohanan Foxhunting (ADRF) pada 20hb Jun 2010 (Ahad) bertempat di Taman Rekreasi Sungai Basong, Tutong bersempena merayakan ulangtahun penubuhan Persatuan Gemilang Daerah Tutong yang ke 5.
Antaralain tujuan ianya diadakan ialah bagi;-
  1. -memperkenalkan aktibiti Fox Hunting (ARDF) di Negara Brunei Darussalam
  2. -memupuk semangat 'setiakawan' dikalangan ahli-ahli amatur radio di Negara Brunei Darussalam
  3. -mengembangkan dan mempromosikan hobi amatur radio
  4. -meningkatkan kemahiran teknikal ahli amatur radio dalam bersaing untuk melengkapkan peralatan yang digunakan
  5. -meningkatkan tahap kesihatan individu dengan beriadah
  6. -juga mempromosi Taman Rekreasi Sungai Basong sebagai tempat beriadah di daerah Tutong.
Kepada semua pengemar-pengemar sukan ini, maklumat lanjut dan borang penyertaan bolihlah didapati daripada Setiausaha GEMILANG Radio, V85AWG (hp: 8781900 atau emel v89awg@yahoo.com). Peryertaan dibukakan kepada semua stesen radio amatur di Negara Brunei Darussalam. Tarikh tutop penyertaan ialah pada 18hb Jun 2010