Monday, 23 August 2010

MEMBELI-BELAH DAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG

Adalah ini dimaklumkan bahawa Exco Belaian Kasih Gemilang [BKG] akan mengadakan membeli-belah dan majlis bersungkai bersama anak-anak BKG pada:

Hari : AHAD(5hb September 2010)

Jam : 2.00 petang

Berkumpul : Dewan Kemasyarakatan Tutong

Aturcara :
- Ahli-ahli akan berkumpul di Dewan Kemasyarakatan Tutong bersama penjaga dan anak-anak BKG
- Rombongan akan bertolak membeli-belah dikedai yang akan di maklumkan kemudian.
- Seterusnya rombongan akan bersungkai di Seri Kandi Restaurant yang terletak di Kiulap
Sehubungan dengan ini kepada ahli-ahli gemilang yang berminat untuk menyertai bersungkai bersama anak-anak BKG adalah dikehendaki untuk mendaftarkan diri melalui sms kepada 8912758.

Bayaran penyertaan untuk majlis ini adalah B$5.00/seorang. Bayaran hendaklah disertakan untuk mengesahkan tempahan biskita sebelum hari Rabu,1hb September 8.00 pagi.

Sekian di maklumkan

Fadhlina Bakar
Pengerusi Belaian Kasih Gemilang
H/P : +673-8912758

Saturday, 21 August 2010

Update : MAJLIS MENZIARAHI PUSARA SERTA MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL BAGI AYAHANDA ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG

Hari/Tarikh : Ahad, 22hb Ogos 2010

Kepada ahli2 yang ingin turut serta menjayakan majlis ini di harap akan menghubungi ketua group yang telah di sertakan dibawah : -

GROUP A : (MELALUI KERETA)

  • Ketua Group A : Hj Ayub Hj Suhaili, YDP @ 8772126
  • Group A – Akan berkumpul diDewan KemasyarakatanTutong padapukul 5.30pagi selepas sahur dan sampai di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 6.00 pagi
  • Rombongan dijangka akan sampai keTemburong pada pukul 8.30 pagi
  • Disana rombongan akan mengambil Group B bersama anak2 BKG dan penjaga terus ke Tanah Perkuburan Pekan Bangar yang terletak 1km daripada Jetty Bangar. (Belakang Pos Polis)
  • Majlis membaca yaasin dan tahlil dijangka akan selesai selama 45 minit.
  • Rombongan akan menghantar Group B ke Jetty Bangar dan kembali ke BSB dan terus ke Tanah Perkuburan Kelamasi, Kg Kasat.

GROUP B : (MELALUI SPEEDBOAT)

  • Ketua Group B - Yakub Hj Abd Rahman @8601962
  • Group B – Akan bertolak berkumpul di Jetty BSB pada pukul 7.30 – 8.00 pagi dan bertolak keTemburong melalui speedboat.
  • Rombongan dijangka akan sampai keTemburong dalam 45 minit.
  • Disana rombongan akan berjumpa Group A dan terus ke Tanah Perkuburan Pekan Bangar yang terletak 1km daripada Jetty Bangar. (Belakang Pos Polis)
  • Majlis membaca yaasin dan tahlil dijangka akan selesai selama 45 minit.
  • Rombongan akan menghantar Group B ke Jetty Bangar dan kembali ke BSB dan teruske Tanah Perkuburan Kelamasi, Kg Kasat.
  • Rombongan dijangka tibake BSB jam 11.00 pg dan bertolak ke Tanah Perkuburan Kelamasi. Dijangka tiba jam 12 TghHari.
  • Rombongan akan berconvoy terus ke Tanah Perkuburan Kelamasi

Monday, 16 August 2010

MAJLIS ZIARAH KUBUR SERTA MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL BAGI AYAHNDA ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG [2]

BERKUMPUL : Dewan Kemasyakatan Tutong seterusnya akan bertolak ke Tanah Perkuburan Kg Puni, Temburong dan kemudian ke Tanah Perkuburan Kg Lumapas
TARIKH : 11hb Ramadhan 1432H bersamaan 22hb Ogos 2010M.
JAM : 8.00 pagi
HARI : Ahad

Untuk makluman pihak biskita, rombongan akan membawa penjaga dan anak-anak Belaian Kasih Gemilang untuk menyertai majlis ini iaitu menziarahi tanah perkuburan ayahnda anak-anak belaian kasih berkenaan.Pihak AJKT dan komiti Belaian Kasih Gemilang ingin menjemput semua ahli-ahli Gemilang untuk menghadiri majlis tersebut.

Kepada ahli-ahli Gemilang yang berkesudian untuk menghulurkan sedekah seangkat-angkat hati adalah dialu-alukan dan menyerahkannya terus kepada anak-anak belaian kasih gemilang.
Kepada ahli2 yang ingin turut serta rombongan ini diminta mendaftarkan diri ke +673-8912758 kerana pihak komiti akan menyediakan bas untuk perjalanan ke Temburong & Lumapas.
Sekian Terima Kasih, Selamat berpuasa dan semoga amalan kita di terima Allah, amin

Saturday, 14 August 2010

Majlis Membaca Yaasin dan Tahlil

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL BAGI AYAHNDA ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG [1]

BERKUMPUL : Dewan Kemasyakatan Tutong seterusnya akan bertolak ke Tanah Perkuburan Penanjong di ikuti selepas itu ke Tanah Perkuburan Suran.
TARIKH : 4hb Ramadhan 1432H bersamaan 15hb Ogos 2010M.
JAM : 8.00 pagi
HARI : Ahad

Untuk makluman pihak biskita, rombongan akan membawa penjaga dan anak-anak Belaian Kasih Gemilang untuk menyertai majlis ini iaitu menziarahi tanah perkuburan ayahnda anak-anak belaian kasih berkenaan.Pihak AJKT dan komiti Belaian Kasih Gemilang ingin menjemput semua ahli-ahli Gemilang untuk menghadiri majlis tersebut.
Kepada ahli-ahli Gemilang yang berkesudian untuk menghulurkan sedekah seangkat-angkat hati adalah dialu-alukan dan menyerahkannya terus kepada anak-anak belaian kasih gemilang.
Untuk renungan bersama :
Pernah ditanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t. Jawab baginda: “Amalan yang sedikit tetapi istiqamah (berterusan)”

Kebajikan anda akan sekurang kurangnya memberi sedikit kebahagian kepada mereka. Oleh itu sokongan, curahan dan huluran belaian kasih sayang anda semua adalah dialu-alukan.


Sekian Terima Kasih, Selamat berpuasa dan semoga amalan kita di terima Allah, amin

Monday, 9 August 2010

Uji cuba kenderaan Jeep Wrangler di Tutong






Oleh Yusrin Junaidi, Media Permata

TUTONG, Ahad, 8 Ogos 2010 - Jeep Wrangler tidak pernah kehilangan peminat yang terdiri daripada pencinta Off-Road.

Kenderaan Jeep dikeluarkan oleh syarikat Daimler Chrysler dan di Brunei kenderaan itu diedarkan pengedar kereta tempatan, GHK Brunei.

Syarikat pengedar kereta GHK Brunei dan Persatuan Gemilang Brunei buat pertama kalinya menganjurkan Kempen Jeep 2010 khusus untuk pemilik kenderaan Jeep Wrangler, Cherokee, Compas, Grand Cherokee, di kawasan Pasir Putih di sini dan mendapat sambutan amat mengalakkan.

Kempen Jeep 2010, yang disertakan dengan acara Off-Road ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemilik Jeep dan kakitangan syarikat penganjur.

Ia turut mengetengahkan kekuatan pacuan empat roda Jeep Wrangler Sport Unlimited. Kereta ini bukan saja menunjukkan reka bentuk yang gagah, bahkan telah membuktikan kekuatan kuasa enjin V6 3.7cc semasa uji cuba di Kawasan trek off-road Pasir Putih Tutong hari ini.

Daripada hasil uji cuba Jeep Wrangler Sport hari ini, kereta ini memang layak diberi nama sebagai "Legenda" bagi keluarga kereta berkuasa pacuan empat roda atau lebih dikenali dengan 4X4 atau 4WD.

Sebelum kempen dimulakan, Presiden Persatuan Gemilang Awang Ayup menerangkan tentang sistem kereta berkuasa pacuan empat roda, pacuan dua roda dan 4X4 selain menjelaskan mengenai tatacara keselamatan semasa berada di dalam kawasan off-road.

Sebelum itu, pengenalan lebih dekat tentang Jeep Wrangler 2010 juga disampaikan oleh salah seorang kakitangan dari Chrysler Brunei, GHK Sdn Bhd yang menyentuh mengenai anugerah yang dimenangi oleh Jeep Wrangler sebagai "Kereta Off-Roader Terbaik" yang dianugerahkan oleh Lifestyle Award dari Cars.com.

Kemampuan Jeep Wrangler telah menjadi keutamaan peminat Off-Road, di mana ia menawarkan kombinasi dari pelbagai faktor keselamatan, ruang yang fleksibel, keselesaan yang khusus dicipta untuk pemilik kereta Jeep Legenda "Wrangler".

Kereta ini juga memberikan kenyamanan dan menyenangkan di mana ruang atap boleh diganti dengan kanvas atau "Hard-Top" menjadikan satu-satu kereta pacuan empat roda yang sebenar 4x4 convertible.

Menurut salah seorang daripada pemilik kereta semi-4wd Jeep Compas, Dayang Aizen Syamsiah, Kempen Jeep 2010 memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman di antara pemilik kereta Jeep di tanah air. Kempen ini juga memberikan kesempatan untuk sama-sama bertukar-tukar pendapat tentang sistem kereta masing-masing".

Awang Mohd Zoolfadli pula berkata, walaupun berada di dalam kereta dan tidak sempat untuk menguji cuba kenderaan pacuan empat roda Jeep Wrangler. Akan tetapi pengalamannya sudah memadai akan kekuatan kereta berkenaan.

Manakala Awang Abdul Fariddudin pula berharap, Daimler Chrysler di bawah GHK Sdn Bhd akan meneruskan kempen Jeep berkenaan dengan mengetengahkan kenderaan jenama Jeep seperti Cherokee, Grand Cherokee, dan lain-lain.