Saturday, 14 August 2010

Majlis Membaca Yaasin dan Tahlil

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN BERTAHLIL BAGI AYAHNDA ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG [1]

BERKUMPUL : Dewan Kemasyakatan Tutong seterusnya akan bertolak ke Tanah Perkuburan Penanjong di ikuti selepas itu ke Tanah Perkuburan Suran.
TARIKH : 4hb Ramadhan 1432H bersamaan 15hb Ogos 2010M.
JAM : 8.00 pagi
HARI : Ahad

Untuk makluman pihak biskita, rombongan akan membawa penjaga dan anak-anak Belaian Kasih Gemilang untuk menyertai majlis ini iaitu menziarahi tanah perkuburan ayahnda anak-anak belaian kasih berkenaan.Pihak AJKT dan komiti Belaian Kasih Gemilang ingin menjemput semua ahli-ahli Gemilang untuk menghadiri majlis tersebut.
Kepada ahli-ahli Gemilang yang berkesudian untuk menghulurkan sedekah seangkat-angkat hati adalah dialu-alukan dan menyerahkannya terus kepada anak-anak belaian kasih gemilang.
Untuk renungan bersama :
Pernah ditanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t. Jawab baginda: “Amalan yang sedikit tetapi istiqamah (berterusan)”

Kebajikan anda akan sekurang kurangnya memberi sedikit kebahagian kepada mereka. Oleh itu sokongan, curahan dan huluran belaian kasih sayang anda semua adalah dialu-alukan.


Sekian Terima Kasih, Selamat berpuasa dan semoga amalan kita di terima Allah, amin