Saturday, 9 October 2010

2010 BRUNEI CQ WORLDWIDE DX CONTEST GROUP

Dalama usaha memperkenalkan dan mempromosikan sukan radio amatur CQ World Wide DX Contest, GEMILANG Radio telah mengungkayahkan satu Contest Group bagi menyertai kejohanan CQWW SSB DX CONTEST Oktober ini. Sehubongan dengan ini, GEMILANG RADIO menjemput kepada pengemar-pengemar hobi Radio Amatur di negara ini yang ingin menyertai Contest Group ini untok mendaftarkan diri kepada Pengerusi GEMILANG Radio-V8NFA dan Setiausaha GEMILANG Radio-V85AWG sebelum 22hb Oktober 2010.

Penyertaan ini adalah dengan nama BRUNEI CQ WORLDWIDE DX CONTEST GROUP akan beroperasi seperti berikut;-

  • Tempat Station Beroperasi: Home QTH V85TX
  • Kategori : Multi-Operator (M2)
  • Tarikh: 30hb (sabtu) hingga 1hb (Isnin) Nobember 2010
  • Masa: 48 Jam bermula 8:00 pagi (30hb) hingga 8:00 pagi (1hb)
  • Band: 160m hingga 10m (1.8Mhz hingga 28Mhz)
Antaralain objektif penyertaan ialah untok:
  • Memgumpulkan pengemar-pengemar hobi radio amatur di negara ini tanpa mengira kelab atau persatuan yang dinaungi ke satu aktibiti berpasukan (teamwork) dalam menjalin semangat satu warga ham;
  • Meningkatkan minat stesen radio amatur untok melangkah kehadapan lagi ke ruang udara band HF;
  • Meningkatkan kemahiran pengendalian Stesen Radio Amatur di HF band demi memberi persaingan kepada perserta-perserta lain;
  • Pendedahan dan menimba pengelaman serta menjalin kemesraan sesama ahli-ahli kumpulan dan pengemar hobi ini.

Bagi persediaan penyertaan ini, kerja-kerja mendirikan antenna-antenna yang digunakan akan di buat hari Jumaat 29hb Oktober bermula jam 3:30 petang. Kepada yang ingin membuat tempahan baju kenangan penyertaan bolehlah berhubong terus kepada Awg Roslan-V85AVE.

Memandangkan masa kejohanan meliputi operasi 48 jam, perseta-perserta dianjurkan mengambil langkah awal bagi memastikan kelancaran pernyertaan masing-masing.

Sekian wassalam 73 & 88
Setiausaha GEMILANG Radio