Thursday, 18 November 2010

NBT 4WD BASIC TRAINING 2/2010

Kepada Semua Jurulatih GEMILANG 4X4...

NBT 4WD BASIC TRAINING 2/2010 PADA 21HB NOVEMBER 2010

1/ Sukacita dimaklumkan kepada semua Jurulatih bahawa perkara diadakan pada Hari Ahad, 21hb November, 2010. Keramaian pelatih yang dijangka ikut serta dalam latihan seramai 22 orang.

2/ Sehubungan dengan itu, bagi memantap dan melicinkan latihan itu dipohon kerjasama daripada semua jurulatih supaya akan dapat memberi khidmat latihan kepada pelatih-pelatih tersebut.

3/ Maklumbalas untuk memberi khidmat tersebut bolehlah dihantar melalui SMS kepada Pengerusi GEMILANG 4X4, MUHAMMAD FADILAH BIN AWANG (Tel bimbit: 8883611)

4/ Untuk makluman rancangan persiapan dan pengendalian adalah seperti berikut:-

Hari/Tarikh : Jumaat, 19hb Nov , 2010
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Berkumpul di kawasan Latihan PJ
Perkara :
a) Meninjau (Recce) Kawasan Latihan
b) Meletak papan-papan tanda di kawasan latihan

Hari/Tarikh : Sabtu, 20hb. Nov, 2010
Masa : 7.00 malam
Tempat : Berkumpul di Rest. PM dan Wira Dojo
Perkara :
a) Refresher Training - Teori dan Practikal (Rehearsal)
b) Persiapan tempat dan lain-lain perkara yang
bersangkutan dengan latihan

Hari/Tarikh : Ahad, 21hb Nov 2010
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Berkumpul di Rest. PM dan Wira Dojo
Perkara :
NBT 4WD Basic Training Teori dan Pratikal.

ATURCARA MAJLIS NBT 4WD BASIC TRAINING 2/2010 PADA 21HB NOVEMBER 2010
- 7.00 Pagi - Pendaftaran
- 7.30 Pagi - Sarapan Pagi
- 8.00 Pagi - Acara dimulakan
- Bacaan surah Al-Fatihah
- Ucapan wakil NBT - Hjh Noorizah@Hjh Wan Hj Yahaya, Customer Service Manager
- Pengenalan kepada 4wd training
- Taklimat “POWER” dan Tyre Changing Demo.
- Gambar Ramai
- Pratikal 4WD Basic Training
- Makan Tengah Hari
- Bersurai

Sekian makluman kepada semua jurulatih. Penghargaan dan terima kasih diatas komitmen yang di berikan.

Sekian Wassalam
MUHAMMAD FADILAH BIN AWANG
Pengerusi GEMILANG 4X4