Saturday, 26 March 2011

4Days 3 Nights XPDC Brunei - Kota Kinabalu & Kundasang

Anda berminat untuk menyertai XPDC pada cuti sekolah bulan Disember ini? Jangan lepaskan peluang. Harga dan informasi lanjut akan di publish ke website Gemilang untuk tatapan semua

Monday, 21 March 2011

Sambutan yang baik sesi outing di Kg.Ayer-GemilangFoto

Outing pertama sesi 2011 ini mendapat sambutan yang baik dari pencinta seni fotografi tanah ayer kita.


Hj. Said dan Faisal antara yang fotografer yang menghadiri outing pada petang tadi.

Mendengar beberapa tips dari fotografer senior Gemilangfoto sebelum memulakan aktiviti pengambaran di Kampung Ayer.



Aksi menarik para fotografer berkonsi sama melihat hasil dari petikan masing2.

Antara pemandangan indah yang ditunggu oleh perserta outing ketika itu.


Terima kasih kepada semua fotografer yang hadir dan menjayakan sesi outing Kampung ayer pada petang tadi.
Dari Pengurusi GemilangFoto.

Sunday, 20 March 2011

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) bagi Bahagian Gemilang Foto

Mesyuarat Pertama Bahagian Gemilang Foto telah jayanya diadakan pada 18hb Mac 2011 bertempat di Di rumah kediaman V8AYN (Yakub HAR), Di No. 273, Kg. Tanjong Maya, Tutong, TD1141
dan dipengerusikan oleh Pengerusi Gemilang Foto, Musa Bin Manggai. Ahli-ahli yang hadir telah bersetuju dan telah melantik Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) untuk Bahagian Gemilang Fotobagi sessi Ke 6 (2011/2012) iaitu :

Setiausaha GemilangFoto 1 : Dyg Faridah binti Haji Jaya
Setiausaha GemilangFoto 2: Dyg. Hasibah Yasmoon binti Haji Kamaluddin
Ketua Penyelaras Projek : Dr.Hj.Amzah bin Haji Abd Rahman
Antara Ahli-ahli jawatan kuasa GemilangFoto:
1/ Awg. Adi Putera bin Haji Abd.Hamid
2/ Awg.Yakub bin Haji Abd Rahman
3/ Hussin bin Haji Abd Rahman
4/ Zamain bin Sia
5/ Faizal bin Gurie

Sekian dimaklumkan

Musa Bin Manggai
Pengerusi Gemilang Foto
Sessi ke 6 (2011/2012)




Thursday, 17 March 2011

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) bagi Bahagian Gemilang Radio Amatur

Mesyuarat Pertama Bahagian Gemilang Amatur Radio (GARS) telah diadakan pada 15hb Mac 2011 bertempat di Bilik VIP, Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong dan dipengerusikan oleh Pengerusi Gemilang Amatur Radio, Abd Ahsunah Bin DLR Hj Md Jair. Ahli-ahli yang hadir telah bersetuju dan telah melantik Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) untuk Bahagian GARS bagi sessi Ke 6 (2011/2012) iaitu :

Setiausaha GARS : A.Kossachi Bin Hj Hassan (V89KOS)
Ketua Penyelaras Teknikal : Maruf Bin Pawe (V89MUT)
Ketua Penyelaras Projek : Roslan Bin Dambong (V85AVE)
Tenaga Pengajar Kelas Radio :
1/ Hj Mohd Ayub Hj Suhaili (V85TX)
2/ Kadir Bin Mat Lajim (V85DD)
3/ Hilmi Bin Ahmad (V85NOC)
4/ Azril Nizam Bin Dato Hj Alidin (V85AN)
5/ Mohammad Amali Bin Hamdan (V89FA)

Sekian dimaklumkan

Abd Ahsunah DLR Hj Md Jair
Pengerusi Gemilang Amatur Radio
Sessi ke 6 (2011/2012)

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) bagi Bahagian GSSK

Mesyuarat Pertama Bahagian Gemilang Sukan, Seni dan Kebudayaan (GSSK) telah diadakan pada 25hb Februari 2011 bertempat di kediaman NYDP (Yakub HAR) dan dipengerusikan oleh Pengerusi GSSK, Awg Hussin Bin Hj Abd Rahman. Ahli-ahli yang hadir telah bersetuju dan telah melantik Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) untuk Bahagian GSSK bagi sessi Ke 6 (2011/2012) iaitu :

Setiausaha GSSK : Awg Azmil Bin Ismail
Ahli Jawatankuasa Kerja (Sukan) : Awg Alihan Bin Hj Md Zain
Ahli Jawatankuasa Kerja (Kebudayaan & Seni) : Awg Mardani Bin Sapian

Sekian dimaklumkan
Hussin Bin Hj Abd Rahman
Pengerusi Gemilang Sukan, Seni dan Kebudayaan
Sessi ke 6 (2011/2012)

Monday, 14 March 2011

Mesyuarat Pertama Bahagian Gemilang Foto

Tarikh:18 March · 14:30 - 16:30
Lokasi :Di kediaman V8AYN (Yakub HAR), Di No. 273, Kg. Tanjong Maya, Tutong, TD1141

Agenda
Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Kerja Gemilang Foto untuk sesi ke 6 2011/2012 dan lain-lain hal

Diharap semua kepada semua rakan2 fotografi tidak kira baru atau senior adalah dialu-alukan datang terutama rakan2 Gemilang Foto dan ahli-ahli gemilang yang lain

Sekian
Terima Kasih

Musa Bin Manggai
Pengerusi Bahagian Gemilang Foto
Sessi 2011/2012

Tuesday, 8 March 2011

Gemilang Foto outing - Dusk view in capital


Pemberitahuan:

Gemilang Foto akan mengadakan outing pertama pada 20hb March 2011.
Tema: Dusk view in the capital
Tempat berkumpul: Di tebing sungai depan Yayasan HB.
Jam: 4.00 petang

Agenda: Kumpulan akan menyeberang Kg. Ayer untuk mengambil suasana sambil menunggu hari mula gelap iaitu permulaannya twilight. Dusk membawa erti permulaannya matahari turun dan hari mulai gelap dimana suasana awan masih lagi terang dan membiru.

Kepada semua rakan2 fotografi tidak kira baru atau senior adalah dialu-alukan datang terutama rakan2 Gemilang Foto.

Tambang boat: sendiri