Monday, 25 April 2011

Ahli Jawatan Kuasakerja (AJKK) Bahagian Gemilang 4x4 Sesi ke 6 - 2011/2012

Mesyuarat Pertama Bahagian Gemilang 4x4 telah jayanya diadakan pada 23hb April 2011 bertempat di Di rumah kediaman V85AWG (Khairuddin Hj Mohammad) Di Kg Lubok Pulau Tutong dan dipengerusikan oleh Pengerusi Gemilang 4x4, Md Fadilah Bin Awang. Ahli-ahli yang hadir telah bersetuju dan telah melantik Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) untuk Bahagian Gemilang 4x4 bagi sessi Ke 6 (2011/2012) iaitu :

Pengerusi Bahagian Gemilang 4x4 : Md Fadilah Bin Awang (dilantik semasa AGM)
Setiausaha Bahagian Gemilang 4x4 : Khairuddin Hj Mohammad
Ketua Operasi : Hj Ahmad Fadillah Bin Hj Ibrahim
Ketua Jurulatih : Mardani Bin Sapian

Sekian dimaklumkan
Md Fadilah Bin Awang
Pengerusi Bahagian Gemilang 4x4
Sessi ke 6 (2011/2012)

Friday, 22 April 2011

MESYUARAT PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA GEMILANG 4X4 BAGI TAHUN 1432H\2011M

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli-ahli Gemilang bahawa Gemilang 4x4 akan mengadakan mesyuarat perlantikan Ahli Jawatankuasa baru bagi Gemilang 4x4 tahun 2011.

AGENDA:

1. AL-FATIHAH
2. UCAPAN PENGERUSI GEMILANG 4X4
3. PERLANTIKAN BARU AHLI JAWATANKUASA GEMILANG 4X4.
4. RANCANGAN-RANCANGAN KEJADIAN 2011.
5. HAL-HAL LAIN

Tarikh : 23hb April 2011
Hari : Sabtu Malam Ahad
Masa : Bermula jam 8.00 malam dan berakhir 10.47 malam
Tempat : No. 102 spg 431 kampong Lubok Pulau ( HomeQ V85AWG, Khairrudin Hj Mohammad )
Sekian di maklumkan
Md Fadillah Bin Awang, Pengerusi Bahagian GEMILANG 4x4 Sesi 2011/2012

Wednesday, 20 April 2011

Perjumpaan bersama Dr Abdul Aziz, Pakar Pertanian dari Malaysia

Perjumpaan bersama Dr Abdul Aziz Bin Kassim, Pakar Pertanian dari Malaysia dengan Ahli-Ahli Gemilang

Pada Hari Ahad, 1hb Mei 2011 pada Jam 8 pagi bertempat di Restoran Pachi Machi bagi sama-sama berbincang berkenaan dengan ura-ura Gemilang Ekonomi untuk menceburkan diri dalam bidang perusahaan pertanian.

Kehadiran ahli-ahli adalah sangat dialu-alukan.

Aturcara :

8.00pagi :
- Berkumpul di Restoran Pachi Machi, Kg Lubok Pulau, Tanjong Maya, Tutong
- Sarapan Pagi bersama Dr Abdul Aziz

8:30pagi :
- Taklimat Pertanian dari Dr Aziz
- Sesi Soal Jawab

10:00pagi :
Tinjauan ke tapak pertanian GEMILANG di Bang Bamban/Bangunggos, Tg Maya

11:00pagi : Bersurai

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) Sesi 2011/2012 bagi Bahagian Gemilang Ekonomi

Taklimat Pertama Bahagian Gemilang Ekonomi telah jayanya diadakan pada 9hb April 2011 bertempat di Di rumah kediaman V85TX (Hj Md Ayub Hj Suhaili), Di Kg Bukit Penggal Tutong
dan dipengerusikan oleh Pengerusi Gemilang Ekonomi, Abdul Manap Hj Zaman. Ahli-ahli yang hadir telah bersetuju dan telah melantik Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) untuk Bahagian Gemilang Ekonomi bagi sessi Ke 6 (2011/2012) iaitu :

Pengerusi Bahagian Gemilang Ekonomi : Abdul Manap Hj Zaman (dilantik semasa AGM)
Timbalan Pengerusi Bahagian Gemilang Ekonomi : Awg Roslan
Setiausaha Bahagian Gemilang Ekonomi : Dr Hj Amzah Hj Abd Rahman
Ahli-ahli tanpa portfolio :
1/ Awg Yakub Hj Abd Rahman
2/ Hj Mohd Ayub Hj Suhaili
3/ Awg Zamain Bin Sia
4/ Md Khairuddin Bin Hj Mohammad
5/ Hj Ahmad Fadillah Hj Ibrahim

Sekian dimaklumkan

Abdul Manap Hj Zaman
Pengerusi Bahagian Gemilang Ekonomi
Sessi ke 6 (2011/2012)

Friday, 8 April 2011

TAKLIMAT MENGENAI BAHAGIAN GEMILANG EKONOMI DAN BBQ NIGHT

Dengan hormatnya menjemput semua Ahli Jawatankuasa Tadbir, Pengerusi dan Setiausaha badan-badan Persatuan Gemilang serta Ahli-Ahli Persatuan Gemilang untuk hadir ke Taklimat mengenai Bahagian Gemilang Ekonomi pada :

Hari : Sabtu, 9hb April 2011

Tempat : Kediaman Awg Hj Mohd Ayub bin Hj Suhaili (V85TX) No. 5, Simpang 58-10 Kampong Bukit Panggal Tutong TB1341, Brunei Darussalam

Jam : 7:30 malam

Sehubungan itu, kehadiran abiskita semua bagi sama-sama menjayakan taklimat mengenai Bahagian Gemilang Ekonomi serta BBQ Night ini adalah sangat diharapkan.

ATURCARA :

1. Bacaan Al-Fatihah

2. Ucapan Pengerusi Bahagian Gemilang Ekonomi Sesi 2011/2012, Abdul Manap Bin Zaman [V89AAF]

3. Agenda Mesyuarat :

  1. Perlantikan Komiti Bahagian Gemilang Ekonomi Sesi 2011/2012
    1. Timbalan Pengerusi
    2. Setiausaha
    3. Bendahari / Kewangan
    4. Penyelaras
    5. Ahli

5. Projek-projek yang akan dijalankan

    1. M.O.U [Memorandum Persefahaman] bersama Thailand Company dan tatacara perlaksanaan

I. Radio Communication

II. Car Accessories for 4x4

III. Pertanian secara commercial

6. Dan lain-lain hal

7. BBQ Night bersama semua ahli

Sekian di maklumkan,

Abdul Manap Bin Zaman, Pengerusi Bahagian Gemilang Ekonomi, Sesi 2011/2012