Sunday, 22 May 2011

Projek Repeater Ke Dua, GEMILANG RADIO

Dimaklumkan kepada semua ahli-ahli GEMILANG amnya dan khususnya Ahli 'Transmitting ' GEMILANG Radio, bahawa GEMILANG Radio, Persatuan Gemilang Daerah akan mendirikan repeater kedua sedikit masa lagi. Kebenaran telah pun diperolehi dari Syarikat DST Sdn. Bhd untok menempatkan satu repeater di Menara Bukit Subok, Kampong Subok Bandar Seri Begawan.Sehubongan dengan ini permohonan untok frekuensi repeater ini telah pun dihadapkan dan dalam prosis kelulusan oleh pihak AiTi.

Bagi menampong pembiayaan kos mendirikan repeater ini sukacita kepada ahli 'Transmitting' V84RPG (Repeater GEMILANG di Bukit Ambok) untok menjelaskan yuran keahlian 'Transmitting' yang tertunggak bagi tahun 2010 dan 2011. Pembayaran hendak di buat kepada A.Kossachi Hj Hassan @V89KOS di talian hp 8854109 Setiausaha GEMILANG Radio.

Bagi ahli GEMILANG dan juga mana-mana Stesen Radio Amatur yang ingin menjadi ahli 'Transmitting' kepada repeater GEMILANG, boleh lah mengisi borang keahlian 'Transmitting' (ikuti link) dan menghantar secara peribadi kepada Setiausah GEMILANG Radio tidak lewat 6 hb Jun 2011 bersama sekeping Foto dan yuran keahlian.

Bagi yang berminat dengan untok mengikut dan mempelajari keadah membina repeater, satu komiti akan ditubuhkan khas untok membina dan menguji-cuba repeater kedua ini dan bolehlah mendaftarkan diri kepada Setiausaha GEMILANG Radio,
A.Kossachi Hj Hassan @V89KOS secepat mungkin. Feadah yang akan diperolehi ialah pengetahuan bagaimana satu-satu repeater itu berfungsi dan peralatan serta keadah teknikal yang membolehkan repeater itu berfungsi dengan baik. Repeater kedua ini nanti, apabila telah berfungsi dengan baik akan dihubongkan (Linking) secara langsung ke V84RPG, repeater pertama GEMILANG di Bukit Ambok. Jangan lepaskan peluang julung-julung kali ini demi menimba ilmu dibidang Radio Komunikasi ini sesuai dengan objektif Radio Amatur yang bertujuan bagi pembelajaran dan penyelidikan.

Latar belakang projek repeater pertama:-
  1. V84RPG
  2. v84rpg
Sekian dimaklumkan.

A.Kossachi Hj Hassan @V89KOS
Setiausaha GEMILANG Radio (hp-8854109)
Persatuan Gemilang Daerah Tutong



Friday, 20 May 2011

Gambar2 yang dipertandingkan-Perkhemahan Foto


Hakim Pertandingan:

1.Awg James Ling (ARPS, APSM, AMPC, AFCM, PSA 5 star, Hon.FAPBD)
2.Ong Heng Seng (ARPS,Hon.FAPBD)

Pemenang:

Pertama: Kahan
Kedua: Amri
Ketiga: Fajri

NBT 4WD BASIC TRAINING 1/2011 PADA 22HB MEI 2011

Kepada Semua Jurulatih NBT -GEMILANG 4X4

1. Sukacita dimaklumkan kepada semua Jurulatih bahawa perkara diadakan pada Hari Ahad, 22hb Mei, 2011.

2. Sehubungan dengan itu, bagi memantap dan melicinkan latihan itu dipohon kerjasama daripada semua jurulatih supaya akan dapat memberi khidmat latihan kepada pelatih-pelatih tersebut. Maklumbalas untuk memberi khidmat tersebut bolehlah dihantar melalui SMS kepada Pengerusi GEMILANG 4X4, MUHAMMAD FADILAH BIN AWANG (Tel bimbit: 8241222)


3. Untuk makluman rancangan persiapan dan pengendalian adalah seperti berikut:-

Tarikh

Masa

Tempat

Perkara

1.

Sabtu, 21hb Mei,11

4.00 Ptg

· Berkumpul di kawasan Latihan PJ

- Meninjau (Recce) Kawasan Latihan

- Meletak papan-papan tanda di kawasan latihan

2.

Sabtu, 21hb. Mei,11

8.00 mlm

· Berkumpul di Rest. PM dan Wira Dojo

- Refresher Training – Teori dan Praktikal (Rehearsal)

- Persiapan tempat dan lain-lain perkara yang bersangkutan dengan latihan

3

Ahad, 22hb Mei,11

7.30 Pagi

· Berkumpul di Rest. PM dan Wira Dojo

- NBT 4WD Basic Training Teori dan Praktikal.

4. Sekian makluman kepada semua jurulatih. Penghargaan dan terima kasih diatas komitmen yang di berikan.

Sekian Wassalam

MUHAMMAD FADILAH BIN AWANG

Pengerusi GEMILANG 4X4

ATURCARA MAJLIS NBT 4WD BASIC TRAINING 1/2011 PADA 22HB Mei 2011

7.00 Pagi - Pendaftaran

7.30 Pagi - Sarapan Pagi

8.00 Pagi - Acara dimulakan

o Bacaan surah Al-Fatihah

o Ucapan wakil NBT

o Pengenalan kepada 4wd training

o Taklimat “POWERS” dan Tyre Changing Demo.

o Gambar Ramai

o Teori dan Praktikal 4WD Basic Training

o Penyampaian sijil penyertaan

o Makan Tengah Hari

o Ucapan daripada Pengerusi Gemilang 4x4

o Bersurai

Tuesday, 17 May 2011

Perkhemahan Foto Pertama- GemilangFOTO


Tahniah dan jayanya, Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah mengadakan program Perkhemahan pertama gemilang foto pada 14/15hb Mei 2011 yang lalu. Antara objektifnya ialah untuk :
i.Sesi suai-kenal sesama ahli serta pengemar-pengemar fotografi di Negara Brunei Darussalam dan mengeratkan setiakawan. Ianya jua diharapkan sebagai platform kesatuan dalam berpersatuan.
ii.Mempromosikan kegiatan-kegiatan yang diungkayah oleh bahagian-bahagian Gemilang kepada ahli-ahli baru.

Antara fotografer-fotografer yang mengikuti program perkhemahan bergambar ramai bersama tetamu pada hari itu iaitu Mr. James Ling.

Senior fotografer Gemilang memberi tunjuk ajar kepada fotografer baru semasa mini outing diadakan pada hari kedua perkhemahan.

Ini adalah aksi Ahim, James Ling dan Ong ketika sesi outing macro dan close up fotografi di lokasi Hutan simpan Berakas.


Terima kasih kepada ahli-ahli Persatuan Gemilang Daerah Tutong yang bertungkus lumus dan sama-sama menjayakan program perkhemahan foto pertama ini.

Monday, 16 May 2011

GEMILANG Radio Field Day

Dimaklumkan bahawa Persatuan Gemilang Daerah Tutong akan mengadakan 'Field Day' GEMILANG Radio sempena Jubli Emas Angkatan Bersenjata diRaja Brunei yang akan diungkayahkan oleh GEMILANG Radio bertempat di Pantai Seri Kenangan Tutong:-

Pada: 30-31hb Mei 2011 ( Isnin & Selasa)
Waktu: Bermula 5:00 petang 30hb Mei 2011 sehingga 12:30 ptgi 31hb Mei 2011
Tempat : Pantai Seri Kenangan, Tutong

Antara objektifnya ialah untuk:
1/ Sesi suai-kenal sesama ahli dan mengeratkan setiakawan dikalang ahli. Ianya jua diharapkan sebagai platform kesatuan dalam berpersatuan.
2/ Mempromosikan kegiatan-kegiatan yang diungkayah oleh Bahagian Gemilang Radio kepada ahli-ahli baru

Beberapa aktiviti juga akan diadakan termasuk :-
a. HF DXing
b. BBQ
c. Sesi pengenalan Foxhunting & Net Control, dll

GEMILANG Radio menjemput semua penggemar Radio Amatur dan Ahli-ahli GEMILANG & Transmitting GARS yang ingin menyertai 'outing' tersebut untok menghubongi dan mendaftar kepada Setiausaha GEMILANG Radio, A.Kossachi- V89KOS (8854109) atau Ketua Projek GARS - Roslan Dambong-V85AVE (8816416) tidak lewat 29hb Mei 2011.

*Nota : COLLECTION ADALAH B$10 SEORANG

Sekian
A.Kossachi Hj Hassan @V89KOS
Setiausaha GEMILANG Radio
Persatuan Gemilang Daerah Tutong

MESYUARAT KE-3 BAHAGIAN GEMILANG 4X4

Dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan Ahli Jawatankuasa Kerja GEMILANG 4x4 serta Instruktor Gemilang NBT 4x4 yang ditauliahkan oleh NBT untuk hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut di atas pada:

Tarikh : 19hb Mei 2011M
Hari : Khamis
Jam: 8:00 malam
Tempat: Kediaman Awg Hj Mohd Ayub bin Hj Suhaili (V85TX) No. 5, Simpang 58-10 Kampong Bukit Panggal Tutong TB1341, Brunei Darussalam

AGENDA:
1 – Membincangkan persiapan untuk NBT 4WD Basic Training yang akan di adakan pada 22hb Mei 2011.
2 - Hal-hal lain.

Untuk makluman semua, mesyuarat akan dimulakan pada jam 8:30 malam. Dipohonkan untuk semua yang dijemput untuk hadir tepat pada waktunya.

INSTRUKTOR-INSTRUKTOR YANG DITAULIAH OLEH NBT
1 YAKUB BIN HJ ABD RAHMAN
2 HJ AHMAD FADILLAH BIN HJ IBRAHIM
3 HJ LAMZI HJ JAPAR
4 MOHAMMAD SALLEHIN HJ MOHD TAIB
5 HAJI MOHD AYUB BIN HJ SUHAILI
6 AZRI BIN ABDULLAH EDUNG
7 MOHAMMAD ALWI BIN DR HJ AMZAH
8 SITI HASIBAH YASMOON HJ KAMALUDDIN
9 MOHAMMAD AMALI BIN HAMDAN
10 HUSSIN BIN HJ ABD RAHMAN
11 ABU HASRAH BIN HJ ABD RANI
12 ABD KHALID BIN HJ MD NOOR
13 MARDANI BIN SAPIAN
14 ARIKIN BIN SAPIAN
15 DR HJ AMZAH HJ ABD RAHMAN
16 ABD AHSUNAH DLR HJ MD JAIR
17 A.KOSSACHI BIN HJ HASSAN
18 ALIHAN BIN HJ MOHD ZAIN
19 OMARALI BIN MUJAH
20 ZAMAIN BIN SIA
21 ROMEO WEE EDUNG

Sekian untuk makluman.Wassalam.

Khairuddin Hj Mohammad
Setiausaha
Bahagian GEMILANG 4x4
Persatuan GEMILANG Daerah Tutong

Sunday, 8 May 2011

Perkhemahan Foto- GemilangFOTO

PERKHEMAHAN FOTO Gemilang Pertama akan diadakan di tapak Perkemahan Hutan Simpan Berakas. Acara akan dijalankan selama 18 jam bermula dari jam 5 petang pada 14hb Mei 2011 berakhir pada jam 11:00 pagi 15hb Mei 2011.

Program perkhemahan ini disusun dengan sesi kuliah (teori), praktikal (shooting) dan diskusi foto yang tertumpu kepada senifoto keindahan alam iaitu foto pemandangan (landscape/panorama), Human interest (Potrait). dan flora & fauna (macro/hidupan liar). Selain itu perkongsian gambar (photo slide show), Sesi klinik dan soal jawap dengan pro fotografer tanah air kita.

Perkhemahan Foto Gemilang adalah seumpama bengkel fotografi dimana hasil perkongsian, kritik, klinik dan cabaran fotografi itu nanti peserta akan dapat menimba ilmu untuk menjadi fotografer yang bertahap tinggi.

Perkongsian ilmu dan pengalaman melalui konsep PERKHEMAHAN FOTO (photocamp) ini telah lama diamalkan oleh "National Geographic Society" dan juga oleh banyak komuniti2 fotografi didunia.


Segala pertanyaan sila hubungi:

Hamid HAR:8782981
Faizal:8985788
Yakub HAR:8601962
Husin HAR : 8730096
Musa:8733307


* 10 Lucky draw berupakan $10 easy card untuk dimenangi (Malam)
* Voucher Penginapan satu malam d Mangrove resort untuk best photo (Sunday Mini outing)

Perkhemahan Brochure: Muat turun

Borang Penyertaaan: Muat Turun

Klinik Fotografi jemputan:

Awg James Ling (ARPS, APSM, AMPC, AFCM, PSA 5 star, Hon.FAPBD)
Adi Putera

Monday, 2 May 2011

Mesyuarat Ke-2 Bahagian GEMILANG 4x4

Dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan Ahli Jawatankuasa Kerja GEMILANG 4x4 serta Gemilang GHK Jeep Wrangler dan Gemilang NBT 4x4 Instructors yang ditauliahkan oleh GHK dan NBT untuk hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut di atas pada:

Tarikh : 4hb Mei 2011M
Hari : Rabu
Jam: 8:30 malam
Tempat: Dewan Seri Kenangan, Dewan Kemasyarakatan Tutong

AGENDA:
1 – Membincangkan aktiviti-aktiviti Bahagian Gemilang 4x4 sepanjang tahun 2011
2 - Hal-hal lain.

Untuk makluman semua, mesyuarat akan dimulakan pada jam 8:30 malam. Dipohonkan untuk semua yang dijemput untuk hadir tepat pada waktunya.

Sekian untuk makluman.Wassalam.

Khairuddin Hj Mohammad
Setiausaha
Bahagian GEMILANG 4x4
Persatuan GEMILANG Daerah Tutong