Tuesday, 17 May 2011

Perkhemahan Foto Pertama- GemilangFOTO


Tahniah dan jayanya, Persatuan Gemilang Daerah Tutong telah mengadakan program Perkhemahan pertama gemilang foto pada 14/15hb Mei 2011 yang lalu. Antara objektifnya ialah untuk :
i.Sesi suai-kenal sesama ahli serta pengemar-pengemar fotografi di Negara Brunei Darussalam dan mengeratkan setiakawan. Ianya jua diharapkan sebagai platform kesatuan dalam berpersatuan.
ii.Mempromosikan kegiatan-kegiatan yang diungkayah oleh bahagian-bahagian Gemilang kepada ahli-ahli baru.

Antara fotografer-fotografer yang mengikuti program perkhemahan bergambar ramai bersama tetamu pada hari itu iaitu Mr. James Ling.

Senior fotografer Gemilang memberi tunjuk ajar kepada fotografer baru semasa mini outing diadakan pada hari kedua perkhemahan.

Ini adalah aksi Ahim, James Ling dan Ong ketika sesi outing macro dan close up fotografi di lokasi Hutan simpan Berakas.


Terima kasih kepada ahli-ahli Persatuan Gemilang Daerah Tutong yang bertungkus lumus dan sama-sama menjayakan program perkhemahan foto pertama ini.