Sunday, 22 May 2011

Projek Repeater Ke Dua, GEMILANG RADIO

Dimaklumkan kepada semua ahli-ahli GEMILANG amnya dan khususnya Ahli 'Transmitting ' GEMILANG Radio, bahawa GEMILANG Radio, Persatuan Gemilang Daerah akan mendirikan repeater kedua sedikit masa lagi. Kebenaran telah pun diperolehi dari Syarikat DST Sdn. Bhd untok menempatkan satu repeater di Menara Bukit Subok, Kampong Subok Bandar Seri Begawan.Sehubongan dengan ini permohonan untok frekuensi repeater ini telah pun dihadapkan dan dalam prosis kelulusan oleh pihak AiTi.

Bagi menampong pembiayaan kos mendirikan repeater ini sukacita kepada ahli 'Transmitting' V84RPG (Repeater GEMILANG di Bukit Ambok) untok menjelaskan yuran keahlian 'Transmitting' yang tertunggak bagi tahun 2010 dan 2011. Pembayaran hendak di buat kepada A.Kossachi Hj Hassan @V89KOS di talian hp 8854109 Setiausaha GEMILANG Radio.

Bagi ahli GEMILANG dan juga mana-mana Stesen Radio Amatur yang ingin menjadi ahli 'Transmitting' kepada repeater GEMILANG, boleh lah mengisi borang keahlian 'Transmitting' (ikuti link) dan menghantar secara peribadi kepada Setiausah GEMILANG Radio tidak lewat 6 hb Jun 2011 bersama sekeping Foto dan yuran keahlian.

Bagi yang berminat dengan untok mengikut dan mempelajari keadah membina repeater, satu komiti akan ditubuhkan khas untok membina dan menguji-cuba repeater kedua ini dan bolehlah mendaftarkan diri kepada Setiausaha GEMILANG Radio,
A.Kossachi Hj Hassan @V89KOS secepat mungkin. Feadah yang akan diperolehi ialah pengetahuan bagaimana satu-satu repeater itu berfungsi dan peralatan serta keadah teknikal yang membolehkan repeater itu berfungsi dengan baik. Repeater kedua ini nanti, apabila telah berfungsi dengan baik akan dihubongkan (Linking) secara langsung ke V84RPG, repeater pertama GEMILANG di Bukit Ambok. Jangan lepaskan peluang julung-julung kali ini demi menimba ilmu dibidang Radio Komunikasi ini sesuai dengan objektif Radio Amatur yang bertujuan bagi pembelajaran dan penyelidikan.

Latar belakang projek repeater pertama:-
  1. V84RPG
  2. v84rpg
Sekian dimaklumkan.

A.Kossachi Hj Hassan @V89KOS
Setiausaha GEMILANG Radio (hp-8854109)
Persatuan Gemilang Daerah Tutong