Tuesday, 14 June 2011

MESYUARAT SUKU AHLI JAWATANKUASA TADBIR GEMILANG SESSI 2011/2012

Dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan Ahli Jawatankuasa Tadbir GEMILANG (AJKT : Pengerusi dan Setiausaha SAHAJA) untuk hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut di atas pada:

Tarikh : 18hb Jun 2011M
Hari : Sabtu
Jam: 7:00 malam
Tempat: Kediaman Yang DiPertua, Mohammad Amali Bin Hamdan, Di No 30 Jln Bangungos, Kg. Tanjong Maya, Tutong, TD1541 ,Negara Brunei Darussalam.

AGENDA:
1. Ucapan Pengerusi/YDP dan Al-Fatihah (YDP) (5 minit)
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. (SA) (15/20 minit)
3. Penyerahan surat perlantikan kepada setiausaha-setiausaha Bahagian (YDP)
4. Post Mortem dan perbincangan bagi acara Gemilang yang telah di adakan sepanjang bulan Januari-Jun 2011.(PENGERUSI/SETIAUSAHA)(4x4/Radio/Foto/Ekonomi/Agama/GSSK/BKG) (10 minit seorang)
5. Perancangan aktiviti bahagian masing-masing bagi 3 bulan (Julai-September) yang akan datang (PENGERUSI) (4x4/Radio/Foto/Ekonomi/Agama/GSSK/BKG) (10 minit seorang)
6. Jamuan Ringan (15 minit)
7. Laporan Kewangan dan peraturan-peraturan kewangan terkini (BA) (15 minit)
8. Laporan dan update dari Setiausaha Agung (SA) (10 minit)
9. Lain-Lain Hal yang berbangkit

Untuk makluman semua, mesyuarat akan dimulakan pada jam 7:30 malam. Diminta kesemua AJKT untuk hadir tepat pada waktunya untuk mengelakkan mesyuarat berlarutan sehingga ke tengah malam. Diharapkan mesyuarat ini akan berjalan dengan lancarnya dengan adanya time management yang teratur dan tepat pada waktunya serta selaras dengan agenda yang dibincangkan. Diminta pengerusi/setiausaha bahagian masing-masing dapat membawa aktiviti perancangan akan datang untuk di pamerkan/diproject dihadapan kesemua AJKT (Softcopy).

JEMPUTAN UNTUK :
1/ Penasihat AJKT Gemilang (Hj Md Ayub Hj Suhaili)
2/ Naib Yang Di Pertua (Yakub HAR)
3/ Setiausaha Agung/Pengerusi BKG (Fadhlina Bakar)
4/ Timbalan Setiausaha Agung (Hazimah Hamid)
5/ Bendahari Agung (Zamain Sia)
6/ Timbalan Bendahari Agung (Hj Md Fajri H Idris)
7/ Pengerusi G4x4 (Md Fadillah Bin Awang)
8/ Setiausaha G4x4 (Khairuddin Hj Mohammad)
9/ Pengerusi GARS (Abd Ahsunah DLR Hj Md Jair)
10/ Setiausaha GARS (A.Kossachi Hj Hassan)
11/ Pengerusi GEkonomi / T.Pengerusi (Abd Manap Bin Zaman/Roslan Manan)
12/ Setiausaha GEkonomi (Dr Hj Amzah HAR)
13/ Pengerusi GFoto (Musa Bin Manggai)
14/ Setiausaha GFoto (Faridah Hj Jaya/Siti Hasibah)
15/Pengerusi Gemilang Agama (Abd Hamid HAR)
16/ Pengerusi GSSK (Hussin HAR)
17/ Setiausaha GSSK (Azmil Ismail)

Sekian untuk makluman biskita semua.Diminta kesemua yang di senaraikan untuk datang menjayakan mesyuarat kerana memandangkan kesemua sibuk kebelakangan ini dan hanya inilah MASA dan WAKTU yang sesuai untuk membincangkan perkembangan GEMILANG sebelum percutian sekolah berakhir.Dan juga sila maklumkan kepada pengerusi/setiausaha masing2 jika sekiranya mereka tidak menerima makluman ini.

* Diminta kesemua yang disenaraikan untuk respond jemputan yang telah dihantar kepada anda secepatnya melalui facebook biskita masing-masing.

Wassalam.
Mohammad Amali Bin Hamdan
Yang Di Pertua
Persatuan GEMILANG (Sessi 2011/2012)