Tuesday, 19 July 2011

Ucapan Alu-Aluan Pengerusi GEMILANG Radio, selaku Pengerusi Majlis 65 GEMILANG-SWARC DXpedition


TEK UCAPAN PENGERUSI GEMILANG RADIO, PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG SELAKU PENGERUSI MAJLIS, ACARA GEMILANG-SWARC DXPEDITION SEMPENA PUJA USIA KE 65 TAHUN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM HARI SABTU, 1:30 PETANG, 16HB JULAI 2011.




BISMILAHIRAHMAN NIR RAHHIM

ASSALAMULAIKUM WRT DAN SALAM SEJAHTERA,

ALHAMDULLILAH HIRABILALAMIN, WASALA TUWASA MUALA ASRAFIL AMDIA HIWARMURSAIL, SAIYIDINA MUHAMMADIN, WAALA AHLIHI WASABIHI AJMAAIN,

YANG BERHORMAT, AWANG HAJI RAMLI BIN HJ LAHIT, AHLI MASYUARAT NEGARA DAN PENGHULU MUKIM TELISAI, SELAKU TETAMU KEHORMAT MAJLIS KITA PETANG INI..

YANG MULIA, AWG ALALALUDIN BIN ABD HAMID, PRESIDEN,…. KELAB RADIO AMATUR PANTAI BARAT, SABAH (SWARC)

YANG MULIA AWANG MOHD AMALI BIN HAMDAN, YDP PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG.

AHLI-AHLI JAWATAN KUASA TADBIR GEMILANG, AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA MAJLIS, HADIRIN DAN HADIRAT WARGA GEMILANG DAN RAKAN –RAKAN HAM YANG DIHORMATI SEKALIAN….SELAMAT DATANG KE GEMILANG-SWARC DX-PEDITION ……SEMPENA HARI PUJA USIA KE 65 ……..KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN…… DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

  1. SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT…… KERNA DENGAN LIMPAH KURNIANYA KITA DAPAT BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI…… DIMAJLIS YANG BERKEBAJIKAN PADA HARI INI. …..PRAMBA/SAYA INGIN MENGUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH….. KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA,….. ATAS KESUDIAN BELIAU HADIR…. DAN SETERUSNYA AKAN MELANCAR ACARA DX-PEDITION INI. ……KEPADA AHLI JAWATANKUASA KERJA YANG BERTUNGKUS-LUMUS,….PERAMBA/SAYA JUGA INGIN MENYAMPAI UCAPAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.

……HADIRIN DAN HADIRAT YANG SAYA DIHORMATI SEKALIAN,

2. GEMILANG RADIO, SEBAGAI SALAH SATU CABANG DIDALAM PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG (IAITU GEMILANG), ……..TELAH BANYAK MENGANJURKAN AKTIBITI-AKTIBITI……. YANG BERHUBONG DENGAN PROMOSI HOBI RADIO AMATUR. SEJAK GEMILANG DITUBOHKAN PADA 4HB NOBEMBER 2004,…. GEMILANG RADIO BERJAYA MENGORAK LANGKAH BERTERUSAN ……DAN TIDAK JEMU-JEMU MENGENDALIKAN AKTIBITI RADIO AMATUR. BERMULA DENGAN 2METRE NET MINGGUAN, ….KELAS-KELAS RADIO AMATUR BAGI CALON-CALON YANG AKAN MENDUDUKI PERPERIKSAAN, FOXHUNTING….. SEHINGGA LAH ‘FIELD DAY’ YANG SEUMPAMA INI.

3. SELAIN DARIPADA ITU, GEMILANG RADIO JUGA …..TURUT SAMA MENYUMBANG KHIDMAT MASYARAKAT…… MEMBERI BANTUAN KUMUNIKASI SEMASA KEJADIAN BANJIR DAN TANAH RUNTUH, ……LIPUTAN KOMUNIKASI SEMASA KEJOHANAN-KEJOHANAN RENTAS DESA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH …..DAN TIDAK KURANG NYA BANTUAN KOMUNIKASI KEPADA KERJA-KERJA KEMASYARAKAT DI PENDALAMAN ……YANG TIDAK DAPAT DIJANGKAU OLEH SISTEM KOMUNIKASI CONVENSIONAL.



4. ALHAMDULLILAH, …..DENGAN TERDIRINYA PANCAR-ULANG (REPEATER), ……GEMILANG RADIO TELAH BERJAYA MENAMBAH-LUAS LIPUTAN PEMACARAN STESEN-STESEN RADIO AMATUR. LEBIH-LEBIH LAGI, ….DENGAN TERDIRINYA REPEATER KEDUA GEMILANG….. V84RGR YANG TERLETAK DI BUKIT SUBOK, BANDAR SERI BEGAWAN…. YANG MANA TELAH DISAMBUNGKAN LANGSUNG KE REPEATER ……V84RPG DI BUKIT AMBOK, TUTONG. KINI, TIGA-TIGA DAERAH, TUTONG DAN BRUNEI-MUARA DAN TEMBURONG TELAH DAPAT MAANAFAT….. YANG TINGGI DIDALAM BIDANG LIPUTAN KOMUNIKASI MELALUI RADIO AMATUR …..SEKALIGUS MENARIK MINAT PENGGIAT-PENGGIAT RADIO AMATUR YANG BARU DAN LAMA….. UNTOK KEMBALI AKTIF KE UDARA.

5. BERBALIK KEPADA ACARA KITA PADA HARI INI, ......ANTARA MATLAMAT YANG KITA SASARKAN IALAH ….UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN PUJA USIA KE 65 TAHUN,….. KDYMM PADUKA SERI BEGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. SETERUSNYA…. BAGI MERAIHKAN KUNJUNGAN MUHIBAH….. AHLI-AHLI KELAB RADIO AMATUR PANTAI BARAT, SABAH (SWARC); SAMBIL BERSUAI-KENAL SESAMA AHLI DAN PELAWAT ……SERTA MENGERATKAN SETIAKAWAN DIKALANG AHLI. IANYA JUA DIHARAPKAN SEBAGAI PLATFORM KESATUAN DALAM BERPERSATUAN; …..MELALUI PROMOSI KEGIATAN-KEGIATAN RADIO AMATUR KEPADA AHLI-AHLI. BAGI TUJUAN ITU….. PIHAK BERKUASA INFO-KUMUNIKASI DAN INDUSTRI TEKNOLOGI (AITI) TELAH MEMBENARKAN PENGUNAAN ISYARAT PANGGILAN KHAS;….. V84SHM SPECIAL EVENT CALLSIGN, SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM YANG KE 65 TAHUN.

YANG MULIA, TETAMU KEHORMAT, ROMBONGAN PELAWAT, RAKAN-RAKAN KU WARGA GEMILANG, HADIRAN DAN HADIRAT YANG SAYA HORMATI SEKALIAN..

6. UNTOK MAKLUMAN SEMUA, .....SWARC ADALAH KELAB RADIO AMATUR DARI SABAH YANG PERTAMA ......BERKESUDIAN MENGUNJONGI DAN MENYERTAI ACARA YANG DIANJURKAN OLEH GEMILANG. WALAUPUN BARU DITUBUHKAN, .....SWARC MEMPUNYAI AHLI-AHLI YANG TELAH LAMA BERGIAT DIBIDANG RADIO AMATUR. INI ADALAH MERUPAKAN PELUANG .....BAGI MENIMBA SEDIKIT ILMU .....DARIPADA ORANG-ORANG YANG ‘SENIOR’ DAN BERPENGALAMAN. BAGI MAKSUD INI, SESSI PERKONGSIAN DAN PEMBELAJARAN (SHARING AND LEARNING) .......TELAH KITA ADAKAN SEMALAM. SYABAS DAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI-AHLI SWARC.


7. PERAMBA/SAYA PERCAYA, .....HUBONGAN ANTARA KEDUA-DUA KELAB RADIO AMATUR INI AKAN TERUS TERJALIN..... SAMPAI BILA-BILA MASA DAN ......DIHARAP AKAN DAPAT MENJADI SATU ‘ROLE MODEL’ DALAM MENINGKATKAN PERSAHABATAN .....DIKALANGAN PENGIAT-PENGIAT RADIO AMATUR DI NEGARA INI..... MAHUPUN DI SABAH TANPA MENGIRA .......KELAB-KELAB YANG DINAUNGI. INI TERBUKTI DENGAN ADANYA PENYERTAAN .....DARIPADA AHLI-AHLI BRUNEI DARUSSALAM AMATEUR RADIO ASSOCIATION (BDARA) KE ACARA INI. MUDAH-MUDAHAN, SEMANGAT HAM ANTARABANGSA.... ATAU ‘UNIVERSAL HAM SPIRIT’, .....‘ONE WORLD, ONE LANGUAGE’ ATAU SATU DUNIA SATU BAHASA .....AKAN TERUS KITA PUPUK DAN AMALKAN DIDALAM MENGEMBANG-MAJUKAN HOBI INI. GEMILANG RADIO, INSYALLAH...SEBAGAI SEBUAH KELAB PENGGIAT RADIO AMATUR DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ......AKAN TERUS BERUSAHA DAN BERKERJASAMA .......DENGAN MANA-MANA PIHAK DALAM DAN LUAR NEGARA .........DEMI MEMAJUKAN DAN MEMPERKEMBANG-LUASKAN HOBI RADIO AMATUR.

SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN INI, .....PERAMBA/SAYA SELAKU PENGERUSI MAJLIS, BAGI PIHAK AHLI JAWATANKUASA KERJA KHUSUS DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR GEMILANG AMNYA..... INGIN MERAKAMKAN SETINGGI PENGHARGAAN .....DAN TERIMA KASIH KEPADA;-

a) YANG MULIA TETAMU KEHORMAT, …..YANG BERHORMAT AWANG HJ RAMLI BIN HJ LAHIT, ……AHLI MASYUARAT NEGARA DAN PENGHULU MUKIM TELISAI …..ATAS KESUDIAN BELIAU HADIR DAN SETERUSNYA MELANCAR ACARA INI.

b) UCAPAN TERIMA KASIH JUGA …..PRAMBA/SAYA SAMPAIKAN KEPADA AHLI-AHLI KELAB RADIO AMATUR PANTAI BARAT (SWARC) SABAH, …..ATAS KESUDIAN BERKUNJONG DAN SAMA-SAMA MENGENDALIKAN ACARA DX-PEDITION INI….

c) AJENSI-AJENSI KERAJAAN YANG TERLIBAT SEPERTI JABATAN PERHUTANAN ……KERANA MEMINJAMKAN TAPAK PERKEMAHAN INI, ……PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI KERANA ….MEMBERARKAN PERKEMAHAN INI DIADAKAN, ….PEJABAT DAERAH BRUNEI MUARA KERANA….. MEMASUKKAN ACARA INI KEDALAM PROGRAM ATURCARA KERAIAN …..SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN BAGI DAERAH BRUNEI MUARA, …..PIHAK AITI ATAS KELULUSAN PANGILAN ISYARAT KHAS V84SHM DIPERGUNAKAN.

d) TERIMA KASIH INI JUGA ……PRAMBA/SAYA SAMPAIKAN KEPADA …….STESEN-STESEN RADIO AMATUR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG SUDI TURUT SERTA KE ACARA INI, ….AHLI-AHLI JAWATAN KUASA KERJA DX-PEDITION ……..DAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU SEBALIKNYA,…… DIATAS SUMBANGAN KEWANGAN DAN TENAGA SERTA BUAH FKIRAN BAGI MENJAYAKAN AKTIBITI INI

SEKIAN…. WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH…ASSALAMULAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATU, SALAM SEJAHTERA…. GOOD LUCK FOR THE DXING…73