Saturday, 20 August 2011

Pemberitahuan:Outing Di Tasek Merimbun


Untuk makluman kepada semua peminat fotografi tanah ayer Persatuan Gemilang Daerah Tutong iaitu GemilangFoto akan mengadakan outing pada:

Hari: Minggu 11hb September 2011
Jam : 8.30-11.00 pagi
Bertempat: Di TASEK MERIMBUN, TUTONG.

Agenda:

a. Taklimat Pendek (5-8 min): Akan disampaikan oleh senior fotografer Gemilang
b.Outing Macro/keindahan tasek merimbun yang kaya dengan flora faunanya.

(Flora and fauna refer to plant and wildlife, respectively. The indigenous plant and wildlife of a geographical region is often referred to as that region’s flora and fauna. Both are collective terms, referring to groups of plant or wildlife specific to a region or a time period. For example, the flora and fauna of a warm region may consist of tropical to warm-temperate vegetation and exotic species of birds.)

Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti ini bolihlah menghubungi senior member Gemilangfoto iaitu Hamid HAR 8782981 atau Musa 8733307. GemilangFoto amat mengalu-alukan akan kedatangan biskita beramai ramai. Semoga kita beroleh menimba ilmu serta menambah koleksi gambar peribadi pada hari tersebut nanti. Sekian

Wednesday, 10 August 2011

Majlis Bertahlil dan Bersungkai bersama anak-anak Belaian Kasih Gemilang

Tarikh : 28hb Ogos 2011, Ahad

Bertempat : Mills Banquet Hall, The Holiday Lodge Hotel, Jln Pulau Kubu, Kg Jerudong

ATURCARA MAJLIS

4.30 petang : Ahli-ahli/Anak2 dan Penjaga BKG Hadir

4.45 petang : Acara dimulakan (Bacaan Al-Fatihah, Tahlil, Doa Selamat untuk ayahanda anak-anak BKG dan seterusnya berbuka puasa (bersungkai)

7.00 malam : Penyampaian derma/sumbangan hari raya bagi anak-anak BKG dan seterusnya bersurai

DIMAKLUMKAN KEPADA AHLI-AHLI/JEMPUTAN :

· Kepada ahli/jemputan yang berminat untuk menyertai majlis bersungkai ini, pembayaran/collection adalah B$18.00 bagi DEWASA dan B$8.00 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah. Collection/Pembayaran hendaklah di serahkan kepada komiti BKG iaitu Zamain Sia (8757268) atau Hj Ayub Hj Suhaili (8772126). Ahli-ahli/jemputan boleh lah membawa ahli keluarga untuk sama-sama meramaikan majlis ini.

· Kepada ahli-ahli/jemputan yang bebesar hati untuk menderma seangkat-angkat hati kepada anak-anak BKG. Kebajikan anda akan sekurang kurangnya memberi sedikit kebahagian kepada anak-anak BKG. Oleh itu sokongan, curahan dan huluran belaian kasih sayang anda semua adalah dialu-alukan.Derma dan sumbangan ikhlas biskita hendaklah diserahkan juga kepada komiti BKG iaitu Zamain Sia (8757268) atau Hj Ayub Hj Suhaili (8772126).

· Tarikh penutup bagi penyertaan ialah 26hb Ogos 2011, 4.30 petang kerana pihak komiti BKG akan mengira jumlah tetap jemputan/ahli yang akan hadir dan memaklumkan kepada pihak hotel.

Monday, 1 August 2011

Pilot Skim Penanaman 'Giant Chilli' GEMILANG

Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa GEMILANG Ekonomi melalui Rimbunan Hijau Gemilang (RHG) akan melancarkan Pilot Skim Penanaman 'Giant Chilli' dengan mengunakan keadah terkini. Kepada ahli-ahli GEMILANG yang ingin menyertai projek ini bolehlah mendaftarkan diri kepada Penama Syarikat RHG, V89MBB ditalian 7105591 sebelum 10hb Ogos 2011. Satu taklimat akan diadakan dalam masa yang terdekat bagi menerangkan dan membincangkan perlaksanaan projek ini. Diharapkan kepada yang ingin dan berminat mengikuti projek ini akan mengambil maklum.

Sekian

V89MBB