Thursday, 22 September 2011

SAMBUTAN HARI RAYA GEMILANG 2011




HARI/TARIKH : SABTU, 24HB SEPTEMBER 2011
JAM : 7.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH RENDAH PDN PJ SENGKARAI, TUTONG

ATURCARA :

7.30 mlm : Ahli2 dan Jemputan Hadir
8.00 mlm Anak2 BKG Hadir bersama penjaga
- Ucapan Yang DiPertua
- Bersalam- salaman diantara ahli2
- Jamuan
- Bersurai

Dijangka habis pada 11.30 mlm.


Saturday, 17 September 2011

Pemberitahuan: Pertandingan Gambar flora dan fauna

Persatuan Gemilang daerah Tutong melalui Gemilang Foto mengelolakan peraduan fotografi untuk perserta-perserta yang mengikuti outing fotografi flora dan fauna di tasek Merimbun yang telah di adakan pada 11hb Sept.2011 lalu.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mengalakkan dan merangsang minat dalam teknik dan seni macro fotografi. Selain itu ia juga mendedahkan dan mengetengahkan potensi dan bakat para perserta.

Syarat2 penyertaan:

1.Perserta yang telah mengikuti outing flora dan fauna di tasek Merimbun pada 11hb Sept.2011 sahaja dibenarkan.
2.Gambar adalah hasil petikan perserta itu sendiri yang diambil pada hari outing tersebut.
3.Setiap para perserta hanya dibenarkan menghantar satu gambar saja.
4.Gambar dihantar saiznya hendaklah kurang dari 3 MB saja dan hendaklah dihantar melalui email: gemilangfoto@gmail.com
5.Gambar yang dihantar hendaklah mempunyai tajuk pada email dan nama penuh perserta diletakkan dibawah sebelah kanan gambar seperti contoh dibawah ini.




6. Sertakan keterangan seperti nama penuh dan no. telepon bimbit dalam email yg dihantar berserta gambar. Penyertaan adalah percuma.

7.Tarikh tutup penghantaran adalah pada 25hb Sept. 2011 (4:00PM)dan keputusan akan diumumkan nanti melalui website persatuan Gemilang.Keputusan Panel Hakim adalah Muktamad.



Wednesday, 14 September 2011

Penukaran Alamat GEMILANG

Persatuan Gemilang Daerah Tutong (PGDT) ingin mengistiharkan penukaran alamat berdaftar bagi Persatuan berkuat kuasa pada hari ini, Rabu, 14hb September 2011. Sebarang urusan berkaitan PGDT kini menggunakan alamat berdaftar yang terbaru iaitu : 


PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG (PGDT)
PO BOX 368, TUTONG, TA1194
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Sekian dimaklumkan

Sunday, 11 September 2011

Tasek Merimbun flora dan fauna Outing

Seramai lebih 30 puluh orang pengemar fotografi tanah ayer berkumpul di Tasek Merimbun untuk mengikuti pengambaran flora dan fauna hari ini.Dan bergambar ramai bersama pengerusi Gemilang Foto,Awg Musa Manggai sebelum acara dimulakan.

Perserta diberi contoh gambar flora dan fauna sebagai contoh ketika talimat dijalankan.

Taklimat pendek oleh Awg Adi Putera mengenai pengambilan macro fotogarafi kepada perserta yang hadir.



Activiti seumpama ini akan diungkayahkan lagi pada masa akan datang. Pemberitahuan penghantaran gambar bagi mengikuti pertandingan gambar untuk perserta yang menghadiri sesi ini akan diberitahu dalam masa yang terdekat. Terima Kasih kepada pengemar fotografi yang menghadiri sesi outing kali ini.