Saturday, 17 September 2011

Pemberitahuan: Pertandingan Gambar flora dan fauna

Persatuan Gemilang daerah Tutong melalui Gemilang Foto mengelolakan peraduan fotografi untuk perserta-perserta yang mengikuti outing fotografi flora dan fauna di tasek Merimbun yang telah di adakan pada 11hb Sept.2011 lalu.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mengalakkan dan merangsang minat dalam teknik dan seni macro fotografi. Selain itu ia juga mendedahkan dan mengetengahkan potensi dan bakat para perserta.

Syarat2 penyertaan:

1.Perserta yang telah mengikuti outing flora dan fauna di tasek Merimbun pada 11hb Sept.2011 sahaja dibenarkan.
2.Gambar adalah hasil petikan perserta itu sendiri yang diambil pada hari outing tersebut.
3.Setiap para perserta hanya dibenarkan menghantar satu gambar saja.
4.Gambar dihantar saiznya hendaklah kurang dari 3 MB saja dan hendaklah dihantar melalui email: gemilangfoto@gmail.com
5.Gambar yang dihantar hendaklah mempunyai tajuk pada email dan nama penuh perserta diletakkan dibawah sebelah kanan gambar seperti contoh dibawah ini.




6. Sertakan keterangan seperti nama penuh dan no. telepon bimbit dalam email yg dihantar berserta gambar. Penyertaan adalah percuma.

7.Tarikh tutup penghantaran adalah pada 25hb Sept. 2011 (4:00PM)dan keputusan akan diumumkan nanti melalui website persatuan Gemilang.Keputusan Panel Hakim adalah Muktamad.