Monday, 24 October 2011

2011 BRUNEI CQ WORLDWIDE DX CONTEST GROUP

Dalam usaha memperkenalkan dan mempromosikan sukan radio amatur CQ World Wide DX Contest, GEMILANG Radio telah menyertai kejohanan CQWW SSB DX CONTEST Oktober ini. Sehubongan dengan ini, GEMILANG RADIO menjemput kepada pengemar-pengemar hobi Radio Amatur di negara ini yang ingin menyertai Contest Group ini untok mendaftarkan diri kepada Pengerusi GEMILANG Radio-V89AKJ dan Setiausaha GEMILANG Radio-V89KOS sebelum 29hb Oktober 2011.

Penyertaan ini adalah dengan nama BRUNEI-GEMILANG DX CONTEST GROUP akan beroperasi seperti berikut;-

  • Tempat Station Beroperasi: Home QTH V85TX
  • Kategori : Multi-Operator (M1)
  • Tarikh: 29hb (Sabtu) hingga 31hb (Isnin) Oktober 2011
  • Masa: 48 Jam bermula 8:00 pagi (29hb) hingga 8:00 pagi (31hb)
  • Band: 160m hingga 10m (1.8Mhz hingga 28Mhz)
Antaralain objektif penyertaan ialah untuk:
  • Mengumpulkan pengemar-pengemar hobi radio amatur di negara ini tanpa mengira kelab atau persatuan yang dinaungi ke satu aktibiti berpasukan (teamwork) dalam menjalin semangat satu warga ham;
  • Meningkatkan minat stesen radio amatur untok melangkah kehadapan lagi ke ruang udara band HF;
  • Meningkatkan kemahiran pengendalian Stesen Radio Amatur di HF band demi memberi persaingan kepada perserta-perserta lain;
  • Pendedahan dan menimba pengelaman serta menjalin kemesraan sesama ahli-ahli kumpulan dan pengemar hobi ini.
  • Kepada yang ingin membuat tempahan baju kenangan penyertaan bolehlah berhubong terus kepada Awg Roslan-V85AVE.
  • Memandangkan masa kejohanan meliputi operasi 48 jam, perseta-perserta dianjurkan mengambil langkah awal bagi memastikan kelancaran pernyertaan masing-masing.
Sekian wassalam 73 & 88
Setiausaha GEMILANG Radio

Thursday, 13 October 2011

UCAPAN YANG DIPERTUA GEMILANG SEMASA SAMBUTAN HARIRAYA GEMILANG 2011


24hb September 2011 bersamaan.... 27 hb Syawal 1432H

BISMILAHIRAHMAN NIR RAHHIM ASSALAMULAIKUM WRT ALHAMDULLILAH HIRABILALAMIN, WASALA TUWASA MUALA ASRAFIL AMDIA HIWARMURSAIL, WAALA AHLIHI WASABIHI AJMAAIN, YANG MULIA, AWANG HJ AYUB HJ SUHAILI, PENASIHAT AJKT PERSATUAN GEMILANG , YANG MULIA AWANG YAKUB BIN HJ ABD RAHMAN, NAIB YANG DIPERTUA PERSATUAN GEMILANG YANG MULIA, ANAK-ANAK BELAIAN KASIH GEMILANG DAN PENJAGA-PENJAGA MASING-MASING. AHLI-AHLI JAWATAN KUASA TADBIR GEMILANG, AHLI-AHLI JAWATANKUASA MAJLIS, HADIRIN DAN HADRAT WARGA GEMILANG YANG DIHORMATI SEKALIAN….SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah laman
Saudara jauh datang bertandang
Persatuan GEMILANG Alu-alukan

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga GEMILANG serta hadirin sekalian. Saya berasa sungguh gembira kerana pada malam ini kita dapat bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa muhibbah di dalam suasana mesra dan terbuka.


Adalah menjadi harapan saya agar majlis pada malam ini akan memberi peluang kepada semua warga GEMILANG untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.

Walaupun semangat kekeluargaan di dalam persatuan tidak setebal pertalian keluarga sendiri, ia tidak kurang pentingnya dalam menentukan keharmonian sesebuah organisasi dan seterusnya negara. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, kita seharusnya mengamalkan sikap muafakat dan berkerjasama di antara satu sama lain bagi menyumbangkan kepada pembangunan negara dan seterusnya membawa kepada kebaikan bersama. Bak kata pepatah ‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’.

Di kesempatan ini juga, kita turut meraikan seramai 6 orang anak-anak Belaian Kasih Gemilang. Semoga dengan usaha kita ini, sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan mereka.

Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Gemilang pada tahun ini.

Dengan itu, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga GEMILANG dan juga hadirin sekalian.

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Mari menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, 10 October 2011

Kelas Radio Amatur GEMILANG bagi Perperiksaan bulan Nobember 2011


Dimaklumkan kepada semua calon-calon yang akan menduduki Perperiksaan Radio Amatur 13hb Nobember 2011 bahawa GEMILANG RADIO seperti biasanya akan mengendalikan kelas-kelas Radio Amatur. Pendaftaran bolihlah dibuat sebelum 31hb Oktober 2011 kepada; Pengerusi Gemilang Radio YM Awg Abd Ashunah DLR Hj Md Jair (8814988) dan Setiausaha Gemilang Radio YM Kossachi bin Hj Hassan(8854109). Tertakluk kepada keramaian pendaftaran, kelas-kelas akan diadakan pada:-


  • 1hb Nobember (Selasa)

  • 3hb Nobember (Khamis)

  • 8hb Nobember (Selasa)

  • 10hb Nobember (Khamis)

bermula jam 7:30 Malam bertempat di Rumah V85TX, Kampong Bukit Panggal Tutong. (Cadangan Awal tertakluk keramaian)


Untok makluman lanjut mengenai borang pendaftaran bolih dimuat turun (download) melalui laman web www.persatuan-gemilang.com atau sila hubongi Pengerusi atau Setiausaha Gemilang Radio.

Thursday, 6 October 2011

Gemilang Dxing Field Day

Persatuan GEMILANG akan mengadakan dixing di Taman Jubilee Kuala Belait pada hari Sabtu, 8hb - 9hb Oktober 2011. Bagi rakan-rakan gemilang yang ingin turut serta collection adalah B$10 seorang dan collection hendaklah di berikan kepada V85AX.

Acara pada hari berkenaan ialah bermalam di taman jubilee KB, BBQ, and Happy Dxing hour... Sekian dimaklumkan Salam 73


Monday, 3 October 2011

Keputusan pertandingan fotografi (Macro)


GemilangFoto mengumumkan pemenang pertandingan fotografi yang bertemakan flora dan fauna adalah seperti dibawah ini.


Pemenang tempat pertama: Noriza Hj Jaya

Pemenang tempat Kedua: Hj Shamshul Bharine Hj Sabtu

Pemenang tempat Ketiga: Khairuddin Hj Mohammad


Tahniah kepada yang berjaya dan pemenang akan dihubungi melalui telepon untuk pemberitahuan tarikh dan tempat bagi penyampaian hadiah. Sebanyak tujuh penyertaan diterima dan yang tidak mendapat tempat cuba lagi outing akan datang.

Terima Kasih.
Pengerusi GemilangFoto
Musa Manggai.