Wednesday, 20 June 2012

Mesyuarat AJKT Ke-2 Sessi Ke-7 (2012/2013)

Dengan hormatnya dijemput semua ahli jawatankuasa tadbir kerja (AJKT) yang telah dilantik dan ahli-ahli gemilang untuk hadir bagi menjayakan Mesyuarat kedua pada:

Pada: 21hb Jun 2012 (Hari Khamis)
Jam: 7.30 malam (lepas isyak)
Tempat: Di kediaman Yang Di Pertua V85TX,Kg. Bukit Panggal, Tutong
Agenda: Membincangkan acara Karnival Gemilang "Mapit Setegol Ga Tutong" dan lain-lain hal

Diharapkan bagi kesemua AJKT untuk hadir besama-sama untuk memberikan pandangan serta buah fikiran untuk mesyuarat berkenaan. Sekian disampaikan dan harap maklum.


Fadhlina Bakar@V89FD
Setiausaha Agung
Persatuan Gemilang Daerah Tutong Sesi ke-7 (2012/2013)

Friday, 15 June 2012

Bahagian Gemilang Sukan, Seni dan Kebudayaan (GSSK) akan mengadakan Pertandingan Futsal 5-aside, iaitu 5 orang sepasukan dimana 8 pasukan akan bertanding. Diantara pasukan yang bertanding ialah ahli-ahli Gemilang. 

Acara ini akan diadakan pada Hari Isnin,18hb Jun 2012 pada pukul 3 petang di Perkarangan Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai Tutong . Pasukan baru adalah dialu-alukan hadir dan penyertaan adalah $2 seorang. 

Kepada ahli-ahli Gemilang yang berminat untuk hadir menyokong, di alu-alukan hadir untuk menyaksikan pertandingan ini.