Friday, 10 August 2012

Iftar / Bersungkai bersama Anak-Anak Belaian Kasih Gemilang


Jawatankuasa Belaian Kasih Gemilang (BKG) akan mengadakan iftar bersama anak-anak belaian kasih pada hari Isnin, 13hb Ogos 2012 pada 5.30 petang di Orchid Garden Hotel.

Dipohonkan kepada ahli-ahli yang ingin turut serta dalam acara ini akan menyediakan pembayaran badi iftar :

Dewasa = B$23.80 seorang

Kanak-kanak (12thun kebawah) = B$12.80 seorang

Pembayaran akan dikumpul kan pada hari ini sehingga hari ahad 12hb Ogos 2012. Tujuan mengumpul kan awal bagi iftar ini adalah untuk memastikan tempahan biskita dan tempat duduk disediakan terlebih awal untuk mengelakkan "full house" / "no seat"

Diminta bagi semua ahli dan keluarga yang ingin turut serta dan menyertakan pembayaran berkenaan kepada :

Awang Zamain Bin Sia
Bendahari Agung - 8757268

atau

Dyg Rohana Binti Hj Ismail
Timbalan Bendahari Agung - 8771369


Sekian dimaklumkan

Fadhlina Bakar@V89FD
Pengerusi Projek Belaian Kasih Gemilang - 8838089

Bertahlil dan Membaca Yaasin bagi anak-anak BKG (Part 1)










Acara bertahlil dan membaca yaasin telah di adakan pada Hari Ahad, 5hb Ogos 2012 di Tanah Perkuburan Temburong iaitu Pusara Ayahanda kepada Dyg Nurhidayah. Turut hadir bersama mengetuai rombongan ialah Yang Di Pertua Awg Hj Md Ayub Bin Hj Suhaili dan Timbalan Bendahari Agung, Rohana Hj Ismail serta keluarga dan Awg Arikin Bin Sapian serta keluarga. Acara bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 10.00pagi.

Manakala rombongan kedua ke Tanah Perkuburan Kelamasi, Kg Kasat iaitu pusara ayahanda Awang Zawawi diketuai oleh Timbalan Yang Di Pertua, Mohammad Amali Bin Hamdan dan juga Pengerusi Projek Belaian Kasih Gemilang/ Setiausaha Agung Gemilang, Fadhlina Bakar. Turut serta menjayakan adalah Bendahari Agung, Awang Zamain Bin Sia, Setiausaha GSSK, Awg Hussin Hj Abd Rahman dan Awg Hj Md Fajri Bin Hj Idris yang juga mengetuai bagi bacaan yassin, tahlil dan doa tahlil.

Kerjasama yang tak terhingga ini tidak akan dilupakan dan pihak komiti BKG berterima kasih kepada ahli-ahli yang berkesudian untuk hadir menjayakan acara ini dan mendoakan semoga semua di berkati di bulan ramadhan ini.

Fadhlina Bakar
Pengerusi Projek Belaian Kasih Gemilang / Setiausaha Agung