Friday, 10 August 2012

Bertahlil dan Membaca Yaasin bagi anak-anak BKG (Part 1)










Acara bertahlil dan membaca yaasin telah di adakan pada Hari Ahad, 5hb Ogos 2012 di Tanah Perkuburan Temburong iaitu Pusara Ayahanda kepada Dyg Nurhidayah. Turut hadir bersama mengetuai rombongan ialah Yang Di Pertua Awg Hj Md Ayub Bin Hj Suhaili dan Timbalan Bendahari Agung, Rohana Hj Ismail serta keluarga dan Awg Arikin Bin Sapian serta keluarga. Acara bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 10.00pagi.

Manakala rombongan kedua ke Tanah Perkuburan Kelamasi, Kg Kasat iaitu pusara ayahanda Awang Zawawi diketuai oleh Timbalan Yang Di Pertua, Mohammad Amali Bin Hamdan dan juga Pengerusi Projek Belaian Kasih Gemilang/ Setiausaha Agung Gemilang, Fadhlina Bakar. Turut serta menjayakan adalah Bendahari Agung, Awang Zamain Bin Sia, Setiausaha GSSK, Awg Hussin Hj Abd Rahman dan Awg Hj Md Fajri Bin Hj Idris yang juga mengetuai bagi bacaan yassin, tahlil dan doa tahlil.

Kerjasama yang tak terhingga ini tidak akan dilupakan dan pihak komiti BKG berterima kasih kepada ahli-ahli yang berkesudian untuk hadir menjayakan acara ini dan mendoakan semoga semua di berkati di bulan ramadhan ini.

Fadhlina Bakar
Pengerusi Projek Belaian Kasih Gemilang / Setiausaha Agung